22 December 2012

HB Rendah Semasa Hamil Boleh Bawa Maut

Baru je saya bersembang-sembang dengan rakan-rakan Shaklee tentang kehamilan. Salah seorang dari mereka beritahu, sahabatnya baru sahaja pergi mengadap Ilahi kerana komplikasi HB rendah selepas seminggu melahirkan anaknya. Berlaku tumpah darah yang mengakibatkan maut kepada arwah. Innalillahi wainnallillahi roji'un. DaripadaNya kita datang, dan kepadNya lah kita kembali.

HB rendah atau juga dikenali sebagai anemia berkaitrapat dengan paras zat besi yang rendah. Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.


Low HB during pregnancy
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.
Artikel : Berita Harian
GEJALA HB RENDAH PADA IBU HAMIL

~Pucat
~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
~Sentiasa rasa pening
~Rasa pitam bila bangun
~Kebas kaki dan tangan
~Degupan jantung cepat
Jadi para ibu hamil perlu ambil tahu jika anda mengalami simptom ini. Jangan anggap ianya hanya keletihan biasa akibat perubahan hormon. Berjumpa dan berbincanglah dengan Doktor anda.

Ini kerana masalah HB rendah atau anemia bakal merisikokan anda dan bayi anda sendiri.
RISIKO HB RENDAH KETIKA HAMIL
  • Keguguran
  • Masa untuk melahirkan lebih lama
  • Perdarahan selepas melahirkan
  • Kelahiran pra-matang
  • Bayi lahir dengan berat rendah
  • Risiko kecacatan bayi
Justeru itu, ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah atau anemia perlu mengambil langkah pengawalan dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk masalah anemia. Dan Doktor biasanya akan mengesyorkan pengambilan suplemen pil zat besi tambahan bagi merawat anemia.

Cuba elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi tetapi perbanyakkanlah makanan yang membantu menaikkan jumlah darah merah dalam tubuh. Terdapat pelbagai jenis makanan sebagai cara untuk menaikkan bacaan HB yang rendah.

Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine

Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka

TIPS BERGUNA:


  • -Ambil vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi zat besi. 
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Contohnya, cuba makan ayam panggang, brokoli kukus , dan beras perang. Brokoli kaya dengan Vitamin C dan zat besi anda akan perolehi dari ayam. Atau sarapan dengan roti yang diperkayakan dengan zat besi (iron fortified)  bersama jus oren.
  • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi.
Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan.Contohnya, jangan minum susu selepas makan contoh makanan diatas tadi.
  • Elakkan pengambilan kafein.
 
Bagi ibu hamil yang mahu mencuba produk Shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula bersama-sama dengan Vitamin C. Sama ada Sustained Release Vitamin C atau Chewable Vitamin C.

Jadi.. ibu-ibu sekalian, jagalah dan perhatikan tubuh badan anda ketika anda berada di dalam fasa hamil ini ye..semoga info ini dapat membantu.




“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

19 December 2012

Vita-Lea Iron Formula Shaklee

Kenali Vita-Lea Iron Formula

  • Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
  • Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
  • Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
  • Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada sel tubuh, kerana ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea
  • Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  • Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  • Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  • Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  • Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  • Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  • Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  • Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  • Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  • Biotin – Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  • Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  • Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  • Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  • Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  • Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  • Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

20 November 2012

Blog Pertamaku

Selamat datang ke Blog Ibuaina yang pertama..hehehe... Akhirnya berjaya juga buat blog sendiri... Senang je rupanya buat blog..yang penting semangat untuk buat blog tu ada..belajar sikit dan boleh buat.. memang seronok..buat sikit-sikit..belajar sikit-sikit.. lama-lama pandai lah.. percaya lah.. so welcome to My Blog to all of you..

Semoga mendapat manfaat atas apa yang akan saya kongsikan... Alhamdulillah..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015