Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

03 September 2015

11 Sebab Kenapa Anda Perlukan ESP

Jangan minum ESP sebab 'kesan sampingannya' membuatkan anda jatuh cintaaaa...!!! belum cuba belum tahu..dah cuba mesti anda mahu.. hihihi
  • Untuk DIET - ESP mengawal selera makan
  • Untuk BERPUASA - ESP memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari 
  • Untuk PERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu ibu
  • Untuk ibu HAMIL - ESP menguatkan rahim untuk pembentukan otot baby, dan membekalkan tenaga untuk si ibu
  • Untuk yang nak PREGNANT - ESP membantu dalam kesuburan 
  • Untuk ibu BERPANTANG – ESP membantu cepat baik pulih luka jahitan dan beri tenaga segera kepada ibu yang sedang berpantang
  • Untuk PENGIDAP GASTRIK – ESP membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati
  • Untuk KESIHATAN OPTIMUM - ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya kerana ESP merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
  • Untuk Pelajar, pekerja atau individu dewasa - ESP As energy booster (kalau minum pagi2 tu terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Untuk LELAKI – melindungi dari sebarang penyakit (jantung , kanser, dan lain-lain)
  • Untuk WANITA – ESP untuk keanjalan kulit... untuk kulit gebuuu... halusss... Untuk awet muda... protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata.
 

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

19 March 2015

Penyusuan Di Tempat UMUM

Penyusuan di tempat umum - Bagaimana anda menghadapinya?

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Jika anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusu dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan malu untuk menyusukan bayi anda di tempat umum.
Walaupun anda berasa malu untuk menyusukan bayi anda di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Di samping itu, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu. Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang sebab ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah – baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik).
Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan fakta yang
mana cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat umum. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah.
 
Apa yang perlu anda beli 

Anda perlu membeli sekurang-kurangnya dua helai bra menyusu. Ini akan memberikan sokongan kepada buah dada anda yang bersaiz lebih besar daripada biasa itu. Ia boleh didapati dalam cangkuk atau zip yang boleh dibuka dengan mudah apabila anda mahu menyusukan. Pastikan ia betul-betul padan dan penutup boleh dibuka sepenuhnya. Jika hanya sedikit sahaja bahagian buah dada yang terdedah, bra itu mungkin memberi tekanan pada anda dan menyebabkan duktus tersumbat. Anda mungkin mahu menunggu sehingga anda melahirkan bayi sebelum membeli bra untuk memastikan anda membeli bra yang padan dengan baik. Anda akan dapati bahawa bra menyusu yang berkualiti tinggi tidak mempunyai dawai sokongan sebab dawai keras ini akan menyebabkan duktus tersumbat.

Sesetengah ibu mendapati bahawa buah dada mereka akan meleleh semasa laktasi. Mendengar tangisan bayi atau terpandang bayi orang lain akan merangsang aliran susu dan ini berlaku kadang-kala pada waktu yang tidak sesuai. Pastikan anda mempunyai bekalan pad bra yang secukupnya. Anda boleh membeli pad yang boleh dibasuh atau pad pakai buang. 

Bolehkah saya menyusukan selepas saya kembali bekerja? 

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan rumah mereka dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan. 
Credit : Baby Center


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

23 January 2015

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu

Ya Allah, 
permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmat-Mu dan keberkatan di sisi-Mu. Semoga dengan keberkatan-Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.

Amin...

*Sambil membaca doa ini..letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

Just for sharing.. doa ni memang saya amalkan setiap kali sebelum memulakan sesi mengepam dulu.. print siap-siap doa ni atas kertas, letak gambar baby.. berdoa dan sambil mengepam boleh tengok gambar baby.. akan terasa satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan.. yang lahir dari hati.. mengharapkan pertolongan Allah untuk diberi kekuatan.. dan kesihatan yang baik.. yang penting mindset kena betul.. yakin dengan bantuan Allah.. kena sentiasa POSITIF.. kalau sesi mengepam dapat 2 auns je pun, tetap kena bersyukur.. di samping kita kena usaha untuk mengepam dengan kerap bagi merangsang penghasilan susu..

Kalau ada kawan-kawan yang ada kemusykilan tentang "BREASTFEEDING".. saya sedia membantu anda berdasarkan ilmu yang saya pelajari melalui pembacaan dan juga pengalaman saya sendiri.. jangan segan-segan.. i'm more than willing to help.. ;-)


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015