Showing posts with label Metabolisma. Show all posts
Showing posts with label Metabolisma. Show all posts

24 April 2015

9 Tips Untuk Tingkatkan Metabolisma



Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Betul... Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

3. Makanan pedas. Makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah.

5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”



Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

15 April 2015

Apa Itu Metabolisma?

Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita ambil kepada tenaga.Mereka yang makan banyak tapi berat badan susah nak naik adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi dan mereka yang makan sikit tapi susah untuk munurunkan berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.


Ada beberapa sebab utama yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Ada faktor yang boleh kita kawal dan ada faktor semulajadi yang tidak boleh kita kawal. 

Antara faktor yang boleh saya senaraikan ialah:

1.Saiz badan 
-badan yang besar bermakna kadar metabolisma kita tinggi. Ini adalah kerana apabila badan kita besar, ada banyak sel yang perlu dijaga dan diberikan makanan, maka akan lebih banyak kalori yang diperlukan badan berbanding orang yang kecil atau kurus.

2.Berat badan
-lebih berat badan kita, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar. Ini adalah kerana, untuk seseorang yang beratnya 100kg bergerak, berbanding yang 50kg, individu dengan berat 100kg memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mengerakkan badan yang berat.

3.Peratusan lemak dan otot
-1kg lemak hanya membakar sekitar 4 kalori, manakala 1kg otot akan membakar sekitar 31 kalori. Inilah sebabnya, lelaki mempunyai tahap metabolisma yang lebih tinggi berbanding wanita.

4.Kandungan hormon
-ada beberapa hormon dalam badan yang mempengaruhi kadar metabolisma. Ada yang boleh meningkatkan dan ada yang boleh menurunkannya.

5.Umur
-semakin kita berumur, semakin banyak otot yang mengecut jika kita tidak memberikan makanan (protein) kepadanya dan juga kita tidak stimulasi (senaman) otot-otot kita maka ia akan mula mengecil. Saiznya yang kecil bermakna jisim otot kita juga akan menurun.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015