24 January 2014

Kencing Manis Dan Diabetes

Diet dan Diabetes



Glukosa merupakan bentuk gula yang dibawa di dalam aliran darah dan ia amat penting sebagai sumber tenaga badan. Paras glukosa harus dikekalkan pada satu paras yang sempit supaya organ-organ badan dapat berfungsi secara efisien. Paras glukosa yang terlalu tinggi menunjukkan perkembangan pembentukan diabetes mellitus. 


Simptom-simptomnya termasuklah rasa dahaga, kerap membuang air kencing akibat glukosa berlebihan, kehilangan berat badan, letih, jangkitan semula, masalah penglihatan, dan boleh menyebabkan koma dalam beberapa kes serius. Keadaan paras glukosa yang terlalu rendah pula menghasilkan hipoglisemia yang turut menyebabkan koma.

Karbohidrat dalam makanan bergula atau berkanji, seperti coklat, biskut, kek, roti dan ubi kentang, buah-buahan dan jem, meningkatkan paras glukasa di dalam darah. Di bawah keadaan normal, badan akan mengembalikan keseimbangan paras glukosa melalui tindakan hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas. Jika output insulin badan adalah terlalu rendah, atau pengeluaran insulin yang tidak mencukupi, paras glukosa darah menjadi tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai hiperglisemia.


Lebihan glukosa dalam darah akan diekskresikan. Terdapat satu ujian untuk mengukur tahap glukosa di dalam urin. Rawatan untuk keadaan hiperglisemia termasuklah kawalan penjagaan diet seimbang dan sihat yang akan menghadkan pengambilan karbohidrat ringkas serta minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi oleh pesakit diabetes.


Terdapat dua jenis diabetes, iaitu diabetes mellitus bergantung kepada insulin (IDDM) dan diabetes melitus tidak bergantung kepada insulin (NIDDM). IDDM biasanya berlaku sejak zaman kanak-kanak, tetapi masih boleh berlaku pada mana-mana umur dan selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tersebut. 


NIDDM atau dikenali sebagai diabetes onset lambat adalah lebih biasa dalam kalangan warga berumur. IDDM adalah disebabkan daripada ketidakupayaan pankreas untuk mrngeluarkan insulin akibat daripada kerosakan sel. Diabetes ini harus dirawat dengan penggunaan injeksi insulin setiap masa. Diet tidak memainkan sebarang peranan dalam kawalan paras glukosa dalam IDDM walaupun penyusuan ibu membantu mencegah penyakit ini. Dalam individu yang sensitif, IDDM boleh disebabkan oleh infeksi viral seperti serangan degum (mumps) atau campak German terdahulu.

NIDDM yang menyerang lebih kurang 15% orang yang berumur 50 tahun dan ke atas adalah disebabkan daripada kerosakan rembesan insulin atau resistan tisu badan terhadap hormon tersebut. Ia biasanya boleh dirawat dengan kawalan diet sahaja, walaupun terdapat pesakit yang perlu dikawal melalui penggunaan drug. Pesakit perlukan injeksi insulin jika pendekatan-pendekatan di atas gagal untuk mengawal keadaan. Pengurangan berat badan adalah amat penting untuk pesakit diabetes yang mengalami obesiti kerana obesiti akan meningkatkan resistan badan terhadap insulin.


Kedua-dua kumpulan pesakit ini perlu mengawal penyakit mereka melalui pemakanan yang teratur supaya paras glukosa tidak terlalu rendah. Sesetengah pesakit diabetes perlu makan setiap 2 hingga 3 jam dan perlukan snek di antara dua hidangan utama. Jika hipoglisemia berlaku, glukosa masih diperlukan. Jika hipoglisemia berlaku sebelum makan, maka pesakit harus makan lebih awal sedikit dan mengambil karbohidrat yang mencukupi untuk mengelakkan daripada kejadian yang sama berlaku semula.


Semua pesakit diabetes harus membawa satu kad identiti yang menyatakan rawatan serta-merta yang harus dilakukan.


Diet dan Diabetes

Setiap pesakit diabetes perlukan rancangan diet yang disediakan oleh seorang pakar diet. Walaupun nasihat pakar diet agak sama untuk kebanyakan pesakit, setiap rancangan diet haruslah berbeza sedikit antara satu sama lain, bergantung kepada jenis diabetes dan faktor-faktor lain seperti berat badan dan betapa aktifnya pesakit itu. Selain daripada mengikut regimen nutrisi umum, corak pemakanan perlu mengambil kira masa dan jenis injeksi insulin serta sensitiviti pesakit terhadap insulin dan drug-drug lain.


Pengambilan makanan dikomersialkan khas untuk pesakit diabetik tidak digalakkan oleh Persatuan Diabetik Britain, yang merasakan fenomena ini membayangkan pesakit diabetis tidak dapat mengamalkan pemakanan normal. Kos makanan ini adalah tinggi (lebih kurang 4 kali ganda daripada makanan biasa) dan kandungan lemaknya juga agak tinggi. Selalunya produk yang rendah gula dan rendah lemak menjadi pilihan utama dalam diet pesakit diabetik.


Sehingga lewat 70-an, diabetis dinasihatkan untuk mengikuti diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan karbohidratnya. Bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak dihubung dengan penyakit yang dikaitkan dengan jantung. Keupayaan pemakanan karbohidrat untuk mengawal paras glukosa darah telah diiktiraf. Kini, saranan makanan untuk pesakit diabetes termasuklah makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, berfiber tinggi tetapi rendah gula dan lemak.


Tujuan utama diet ini adalah untuk menghentikan simptom serta-merta (selalunya melalui diet dan makanan dalam kes NIDDM) dan mengurangkan risiko hipoglisemia, yang banyak mempengaruhi pesakit IDDM. Diet ini dirancang untuk mencegah komplikasi yang berkait dengan diabetes, iaitu penyakit jantung, masalah mata dan kegagalan renal. Konsep pemakanan di antara pesakit dewasa dan pediatrik adalah sama tetapi pakar diet pediatrik perlu mengambil kira keperluan pertumbuhan fizikal kanak-kanak.


Wanita perlu sedar bahawa mereka mungkin mengalami diabetes gestasi semasa mengandung. Ia akan hilang 6 minggu selepas kelahiran, bagaimanapun masih ada 40% wanita mengalami NIDDM 20 tahun selanjutnya selepas melahirkan anak.


http://www.oocities.org/fchuey/diabetes.htm 



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Kencing Manis Semasa Hamil

Atasi Kencing Manis Ketika Hamil Dengan Shaklee

Bila hamil macam-macam penyakit yang datang bukan? Salah satu di antaranya org kata hormon "pembawakan budak".  Apabila anda di sahkan diabetis ketika hamil sudah pasti risau bukan? bagi ibu yang pertama kali menghadapi masalah ini jom kita kupas apa itu diabetis dan bagaimana cara-cara mengatasi penyakit ini ketika hamil. 

APA ITU KENCING MANIS?

Kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, sementara lagi mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.


Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung, anda mungkin perlu menukar cara pemakanan bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan penggunaan insulin. Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:
  1. Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.
  2. Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak. Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
  3. Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.
  4. Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.
  5. Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu) atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.
  6. Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
  7. Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.
  8. Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.
Jika anda mendapat rawatan sebelum dan semasa mengandung, anda berkemungkinan melahirkan bayi yang sihat.

BAGAIMANA KENCING MANIS SEMASA HAMIL TERJADI?

Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.


Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:

  1. Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
  2. Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
  3. Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lahir
  4. Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
  5. Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
  6. Pernah mengalami keguguran
  7. Umur melebihi 35 tahun

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Kencing manis semasa mengandung boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walau bagai mana pun, ujian air kencing dan darah semasa mengandung boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak. Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal semasa mengandung. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, sila berjumpa doktor secepat mungkin.
  • Sentiasa dahaga
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kuantiti yang banyak
  • Kerap kencing
  • Keletihan tanpa sebab
BAGAIMANA KENCING MANIS DIRAWAT?

Anda harus mengawal aras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:
  • Mengubah cara pemakanan anda. Kebiasaannya, dietitician akan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis.
  • Mempunyai rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
  • Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, ia digunakan supaya anda mengetahui pemakanan yang diamalkan semasa mengandung boleh mengawal aras gula dalam darah atau tidak.
  • Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.
ADAKAH KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL BERKEKALAN?

Kebanyakan wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung tidak akan mempunyai kencing manis lagi selepas bersalin. Keperluan insulin oleh badan selepas bersalin akan menurun disebabkan keseimbangan hormon dalam badan akan kembali kepada normal. Walau bagaimana pun, risiko untuk mendapat kencing manis dalam jangka masa terdekat adalah tinggi. 15-20% wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung didapati mempunyai kencing manis selepas setahun bersalin. Bagi mengurangkan risiko ini, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang mencukupi.

Jika anda mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda mungkin akan kembali kepada keadaan dan rawatan asal selepas bersalin. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung, terdapat kebarangkalian untuk anda terkena kencing manis lagi jika anda mengandung di masa hadapan.

credit



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015