20 February 2014

Sijil Halal Shaklee 2014



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

06 February 2014

Cara Detox Yang Selamat

Cara Detox Yang Selamat Dengan Vitamin Shaklee

Sekarang ni detox atau nyahtoksin menjadi popular dengan pelbagai produk detox di pasaran. Namun tahukah bahawa kita boleh menjalani detox secara semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!
   
Detox dengan kata lain ialah ‘membersihkan dan menyucikan badan dari dalam’. Ia penting untuk penyerapan nutrien/vitamin. Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.

Dari manakah datangnya benda-benda toksin ini? Dalam dunia moden hari ini, lebih 5 bilion lbs bahan kimia dilepaskan ke dalam persekitaran, makanan yang kita makan, udara yang kita bernafas dan hidup saban tahun. Tambahan pula banyak makanan mengandungi pewarna, pengawet, sisa racun perosak, nitrat, minyak terhidrogen dan ejen-ejen lain yang mempunyai karsinogen.

Selain masalah penyerapan vitamin, pembentukan toksin dalam badan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius termasuk:
  • Sakit kepala yang kerap
  • PMS
  • Sakit sendi
  • Keletihan
  • Kulit melepuh
  • Pencernaan bermasalah
  • Halitosis (nafas berbau)
  • Jangkitan yang berulang-ulang
  • Kekurangan daya imun tubuh
Sekiranya anda ada mengalami perkara di atas, mungkin pelukan DETOX!
Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Menarik kan?

Detox Hati/Liver Detox

Hati adalah organ dalaman terbesar di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan metabolisme yang normal dan detoksifikasi badan secara semulajadi. DTX Complex Shaklee menyediakan sokongan untuk fungsi hati yang sihat. 

Produk ini mempunyai campuran proprietari yang terdiri daripada enam ramuan botani dengan antioksidan dan sifat-sifat yang meningkatkan aliran cecair hempedu, yang bergabung untuk melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi badan bagi mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • milk thistle seed
  • schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)
  • cendawan Reishi (dikenali kerana sifat antioksidannya)
  • dandelion
  • kunyit
  • artichoke (untuk membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal)

Pembersih Usus/Colon Detox

Badan yang sihat mengandungi bertrilion mikroorganisma baik. Majoriti bakteria baik ni tinggal di dalam usus dan dirujuk sebagai  mikroflora. Sekurang-kurangnya 400 jenis mikroorganisma yang dijumpai dalam saluran gastro-usus; dan  berjumlah kira-kira 3 lbs bakteria dalam usus kita sepanjang masa.

Tugas bakteria baik ini ialah untuk mengawal penguasaan bakteria jahat. Bakteria baik haruslah berada dalam jumlah optimum untuk mengawal bakteria jahat. 

Punca Utama Ketidakseimbangan Bakteria
  • penggunaan antibiotik.
  • umur
  • pemakanan yang tidak sihat
  • pengambilan serat yang rendah
  • kontraseptif oral
  • ubat-ubatan seperti aspirin dan kortikosteroid
  • tekanan
  • pengambilan gula yang tinggi
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus. 

Pencuci Darah 

Seawal 3000 SM, orang-orang Babilon menggunakan manfaat bawang putih yang serba boleh. Ia digunakan sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan sebagai agen antibiotik dan anti-mikrob.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Garlic Complex Shaklee diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin.

Garlic Complex Shaklee juga telah dirumus untuk kawalan bau. Bawang putih  kan menyebabkan nafas berbau…tapi tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan

Pencuci Keseluruhan Tubuh

Itulah dia the amazing Alfalfa! Ya, alfalfa bukan untuk tambah susu saja ya. Alfalfa adalah bahasa Arab untuk “Bapa Kepada Semua Makanan”. Akar herba yang mengagumkan ini, tumbuh sangat dalam ke dalam tanah untuk menyerap nutrien penting dan mineral yang terdapat jauh di dalam bumi. Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang aliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Selain ciri-ciri sebagai pembersih badan dan penyahtoksik, alfalfa juga mempunyai banyak faedah lain. Menurut seorang pakar nutrisi, alfalfa membantu dalam pencernaan, anti-radang, anti-artritis dan anti-bakteria. Ia membantu membantu dalam penyembuhan ulser, gout, sakit tumit, sakit perut, alahan dan pembaikan cakera tulang belakang (disc)

Ia juga mengawal tahap gula dalam darah dan membantu menurunkan paras kolesterol. Sangat hebat kan! Hanya alfalfa yang mempunayi kualiti terbaik digunakan dalam Alfalfa Shaklee. Ditanam di California tanpa pestisid, hormon sintetik, bahan kimiaatau baja bukan organik,menjadikan ia alfalfa berkualiti tinggi.

Selain itu, berpuasa adalah juga satu cara terbaik untuk detox!

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Tambahkan Berat Badan

Tambahkan Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee


Pada sesetengah orang, untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Sebaliknya juga berlaku. Sukar untuk kita menaikkan berat badan kepada berat badan ideal. Dengan kehebatan vitamin Shaklee, impian semua untuk menaikkan berat badan ke berat badan ideal boleh tercapai. Percayalah! 

Set menambahkan berat badan Shaklee terdiri daripada Mealshakes, B Complex dan Vitalea. Jom review tentang tiga vitamin hebat ini. 
 
Meal shakes

♥ membekalkalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting.
♥ sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protien
♥ berperisa vanilla yang sedap.


Vita-lea Iron Formula

♥ membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan darah merah,
♥ banyak membantu mencantikkan kulit, kuku dan rambut.
♥ membantu mencegah tiroid @ beguk (akibat kekurangan iodin)
♥ suplemen penting untuk diet yang sihat
♥ memberi tenaga berpanjangan, tidak lesu dan kulit tampak tegang
♥ mengelak pitam dan pening.

B Complex

♥ mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
♥ mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan dan sistem kardiovaskular.
♥ mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Hanya dengan pengambilan 3 vitamin hebat di atas, impian mencapai berat badan ideal pasti tidak mustahil. Hanya dengan mengikut jadual yang telah disediakan. Alllaaaa.. ada jadual bagai pulak~ =P *nampak rumit tapi cuba! tiada yang mustahil. tak serumit yang disangka! =)

Jadual Pengambilan Set Mencapai Berat Badan Ideal:


1. Sarapan pagi:
 ♥ makan pagi (nasi goreng/nasi lemak etc)
♥ minum susu/milo 1 gelas (bancuh 1 sudu meal shakes)
♥ makan B Complex 1 biji dan Vitalea 1 biji
 
2. Makan pagi (pukul 10)
♥ makan roti
♥ minum susu
 
3. Makan tengahari
♥ makan tengahari yang bergizi (nasi + ayam + daging)
 
4. Makan petang
♥ Makan roti/kuih
♥ Minum susu/milo (bancuh 1 sudu meal shakes)
 
5. Makan malam
♥ makanan bergizi
vitalea 1 biji
 
6. 10 minit sebelum tidur
♥ minum susu/milo (bancuh 1 sudu meal shakes)


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu


Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
 

Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

1) Protein

2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
 

Sumber protin termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Telur
* Keju, susu dan yogurt
* Tauhu
* Kekacang

2) Kalsium

Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
 

Sumber terbaik kalsium adalah :

* Susu, yogurt dan keju
* Jus oren diperkaya kalsium
* Tauhu
* Ikan sardin
* Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

3) Zat Besi

Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. 


Sumber terbaik zat besi termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Kekacang
* Buah-buahan kering
* Kuning telur

4) Vitamin C

Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
 

Sumber vitamin C yang baik termasuk :

* Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
* Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
* Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

5) Vitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

6) Cecair

* Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
* Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
* Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
* Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

-Tips Lain -

 
* Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
* Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015