29 March 2013

11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) Agar Cepat Sembuh

Berdebar bersalin secara pembedahan?

"Puan kena menjalani pembedahan. Puan tak boleh bersalin normal kerana kandungan puan ada masalah" Kata-kata keramat dari seorang doktor ini memang menggerunkan terutamanya kepada ibu hamil yang pertama kali bersalin secara cesarean.

Tapi jangan risau. Zaman sekarang ni dunia perubatan sudah canggih. Apa yang penting anak dan ibu selamat. Cuma ibu hamil perlu kuatkan mental untuk menghadapi pembedahan ini. Apabila bersalin pembedahan ini cara berpantangnya berbeza sedikit. Malah perlu dijaga dengan lebih rapi lagi.





Mungkin ibu-ibu yang akan bersalin secara cesarean boleh mengguna pakai tips di bwah ini. Jom kita baca 11 tips menjaga luka bersalin (Cesarian) agar cepat sembuh.

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang


Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.


3. Minum air secukupnya

Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.



4. Elak daripada mengambil ubat tradisional


Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin

Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda. 


Energizing Soy Protein Shaklee ESP hilangkan parut bersalin Cesaran

6. Makan pil penahan sakit

Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.
 

7. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.



Energizing Soy Protein Shaklee ESP hilangkan parut bersalin Cesaran
Jenis-jenis cesarean.
8. Pastikan luka kering dan bersih


Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.


9. Pakai bengkung

Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.



10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.



11. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.



Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceas

1. Demam berterusan.

2. Sakit pada tempat luka

3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj

4. Keluar nanah dari tempat luka

5. Tanda kemerahan pada sekitar luka

6. Keluar air jernih dari tempat luka

7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak

8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


(Sumber :http://www.portal.alamhamil.com)

 
Bagaimana nak hilangkan kesan parut bersalin pembedahan Cesarian ni? Tak kenal maka tak cinta. Parut pembedahan hilang hanya dengan mengambil ESP Shaklee. Tak percaya?? Meh tengok testimoni di bawah..






“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Kelebihan Dan Khasiat Alfalfa Complex

Kelebihan & Khasiat Alfalfa - sesuai utk lelaki dan wanita

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala protein. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfafa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita :

1.  Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.
2.  Melegakan sakit sendi dan belakang.
3.  Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4.  Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
5.  Merawat arthitis.
6.  Bagus untuk elergi dan ekzema.
7.  Merawat athma.
8.  Mencuci usus bagi membuang toksik.
9.  Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor.
10. Meneutralkan asid dalam badan.
11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
16. Meningkatkan stamina seorang suami.
17. Melegakan sembelit.
18. Membuang angin dalam badan.
19. Milk booster.

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...
 
Apa keistimewaan Alfafa jenama Shaklee berbanding yg lain?  
Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon-hormon sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.
 

Keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ia hanya lendir putih, jernih ,cair tidak berbau dan tidak berasa gatal... Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasaalah apabila ia bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, diiringi rasa gatal2.. Jgn anggap ianya masalah kecil ya. .. ataupun akan hilang dgn sendiri..Tahukah anda masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tidak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ-organ penting dalam badan. Malah yg lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita..Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal,melecet dan kemerahan..

Dan yg paling best sekali Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Menarik kan?

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

28 March 2013

Healing Crisis

Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) 
Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
1.  Tidak mengamalkannya setiap hari
2.  Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
3.  Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4.  Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5.  Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7.  Mengalami masalah emosi

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti :-
 
-Sakit kepala yg melampau
-Keletihan dan berasa
-Lapar dan pening
-Pendarahan hidung
-Loya,sembelit dan tersedu
-Ederma (membengkak)
-Kitaran haid yg tidak menentu,gatal pada alat sulit, penghasilan lendir yang banyak
-Tidur yg mermasalah/terlalu aktif
-Peningkatan rasa yg sakit pada bahagian yg bermasalah
-Rasa sakit pada otot dan sendi
-Penghasilan lendir seperti selsema dan kahak
-Ruam,kulit gatal, kelemumur
-Kembung perut
-Cirit-birit,kerap membuang air besar,najis berbau gelap dan berbau,air kencing berbau  -Demam
 
Apabila anda mengalami simptom-simptom di atas anda disarankan :-
 
> Minum air masak 2-3 liter
> Rehat secukupnya dan
> Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Mengalami pening kepala, loya dan muntah-muntah bila anda menggunakan produk SHAKLEE???
Vitamin dan Mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi. Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin? 
 
Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:
1. Rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, dll bila mengambil supplement Shaklee
2. Merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya
3. Mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:

Golongan (1) - mereka yang mengalami healing crisis atau KRISIS PENYEMBUHAN.
Golongan (2) - mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2

                        tertentu.
Golongan (3) - mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya

                        alfafa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee. 



Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya.

Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian??

 
Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindak balas normal. Sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh. Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.


Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis?  

Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015