Showing posts with label Supplement. Show all posts
Showing posts with label Supplement. Show all posts

02 May 2015

5 Tips Buang Lemak Berlebihan Pada Paha

Selamat berhujung minggu kawan-kawan.. Pagi ni saya nak kongsi tips lagi.. Tips untuk buang lemak yang berlebihan pada paha. Nampak senang je tips ni kan?.. tapi memerlukan semangat yang tinggi, tetap pendirian dan rajin untuk melakukannya... InsyaAllah tips ni dapat membantu kita dan memberi semangat untuk kita ambil berat dalam melaksanakannya. Perlu diingat.. tips ini mesti diamalkan setiap hari sehingga kita nampak kesan dan perubahannya.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak
  • Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan kita.
Makan makanan yang berserat
  • Makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membentuk mengurangkan saiz paha. Ini kerana makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak. Ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.
Melakukan senaman
  • Antara senaman yang baik untuk paha ialah berjalan atau berjogging. Kaki kita merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini. Jika kita tidak mampu untuk berjogging, lakukan aktiviti berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk kita tidak membuat senaman ini!
Amalkan vitamin

  • Permakanan vitamin dapat membantu kita mendapatkan paha yang kurus dan cantik. Nak-nak lagi ambil Set Slimming Shaklee. Set Slimming Shaklee terkenal dengan Shape-up Program dan membantu kita untuk menguruskan badan dan membuang lemak berlebihan di badan. Kebaikan program ini ialah membantu badan menjadi lebih ramping dan langsing, mengecilkan paha, mengurangkan lemak di punggung, lebih bertenaga dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. 


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

16 December 2014

7 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement


Sebab-Sebab Tubuh Badan Kita Perlukan Suppliment
 

1.  Melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian 

Dalam sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran telah disembur racun perosak

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!

3.  Zat makanan mudah hilang

Zat dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku.

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan

Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang

Dos vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat

Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencegahan dari awal

Supplement yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Semoga info ini dapat dikongsikan untuk manfaat kita bersama.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

04 November 2014

Vitamin Tamat Tempoh? Selamat kah?

Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?


Pernah tak vitamin yang anda makan telah tamat tempoh?.. Maklum la.. kejap makan.. kejap tak makan.. kadang ambil vitamin waktu pagi.. tapi petang lupa pulak nak makan.. sebelum tidur sepatutnya kena telan gak satu atau dua jenis vitamin.. dah baring atas katil, malas pulak nak bangun.. hehehe macam-macam kerenah sebenarnya.. sebab tu vitamin lambat habis ye tak?..haa..kat sini saya nak kongsi dengan anda semua sama ada vitamin yang dah tamat tempoh masih selamat atau tidak sekiranya kita makan.

 Jawapannya cukup mudah!


SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, saya tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli baru.

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari dua tahun melainkan makanan tambahan yang berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

credit: Beautiful&Charming

So..jangan skip makan vitamin ye..hehhe kalau kita amalkan hari-hari.. insyaAllah kita tak lupa..



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

04 July 2013

Benarkah Vitamin Shaklee Menggemukkan??



VITAMIN SHAKLEE MENGGEMUKKAN??


"Vitamin-vitamin ni menggemukkan tak?"
"Kalau ambil vitamin B-complex berat badan akan naik tak?"
Ramai juga yang takut-takut hendak ambil vitamin terutamanya B-Complex sebab takut ianya menggemukkan.

Jawapannya :TIDAK!!
 
Fakta B-Complex:

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik

B-Complex berfungsi untuk menukarkan gula menjadi tenaga. Dan tenaga akan digunakan untuk membuat aktiviti harian kita. Kita mungkin akan cepat berasa lapar dan ingin makan apabila tenaga telah digunakan. Jangan risau, ketika B-Complex diambil dengan cara yang betul, gula dari makanan yg kita makan akan terus dijana dan ditukar kepada tenaga semula. Bagaimana pula tenaga habis digunakan boleh membuatkan seseorang itu menjadi gemuk?

Fakta B-Complex Shaklee :

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
Mudah di telan
Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

PENTING!!

B-complex perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisma badan membawa kepada rasa lapar. Jika diambil SEBELUM MAKAN, anda akan makan dengan berselera sekali, dan ini lah penyebab berat badan anda meningkat!!


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015