17 March 2014

Hamil Dengan Kencing Manis / Diabetes @ GDM

Assalamuaalaikum semua...

Pertama kali saya nak share pengalaman saya semasa mengandung anak ke lima.. bukan pengalaman mengandung biasa.. mengandung dengan diabetes atau kencing manis.. sebelum ni tak pernah ada.. kira ni pertama kali la.. Saya perasan mengandung kali ni memang pelik sikit.. selera makan tak usah cakap la.. macam-macam nak makan.. Tapi selepas minum air gula dan disahkan ada kencing manis, macam-macam pulak perasaan masa tu..nak marah kat 'nurse' pun ada sebab suruh minum air gula..hihihih.. Tapi bila difikirkan  semula.. mungkin ada hikmahnya juga.. sebab kalau taaakkk.. makan sampai tak heengaaatt.. Lepas jumpa 'Dietition'..baru la pandai nak kontrol makan..kan..kan..?

Saya petik sikit info ni daripada baby center : 
  • Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi (GDM). Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. 2 hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
  • Kencing manis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
  • Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan kencing manis semasa mengandung.
Diabetis gestasi (kencing manis semasa mengandung) selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, diabetes ini berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi kita akan alami perkara berikut:
  • keletihan; (saya memang mengalami keletihan melampau, banyak masa saya habiskan dengan tidur sahaja, sebab dah tak mampu nak buat kerja lain, cepat rasa letih :( kesian hubby ku, terpaksa buat banyak kerja rumah..
  • dahaga yang terlampau; (minum air banyak tetapi tetap rasa dahaga)
  • membuang air kecil dengan banyak; (toilet tu seolah-olah rumah ke-2 dah :D)
  • penglihatan kabur (saya tak alami kekaburan, cuma rasa pening, jadi tak dapat nak berdiri lama, pandangan akan jadi kelam)
Maka pengalaman pertama GDM ni.. terpaksa la ke klinik untuk ambil darah 4 kali dalam satu hari selang setiap 2 minggu sampai lah bersalin. ada timing pulak check darah ni.... rutin check darah ni dipanggil BSP (Blood Sugar Pressure)..
  • Pagi : jam 8.00
  • Tengahari: jam 12.00
  • Petang :  jam 5.00
  • Malam : jam 9.30
Di antara waktu-waktu kat atas tu, kena puasa sementara (selang 2 jam).. tak boleh ambil sebarang makanan dan minuman... hanya air kosong je selang 2 jam tu.. opps lupa, sebelum ujian darah, malam sebelumnya, jam 10.00 malam ke atas dah tak boleh ambil sebrang makanan dan minuman yea.. tiap kali nak buat BSP mesti susah hati, takut bacaan naik.. kalau naik silap haribulan kena cucuk insulin... haa..yang ni memang takut sangat.. sebab tu kena kontrol makan kalau nak buat BSP.. 


BSP ni penting untuk pantau tahap gula dalam darah. Selain kena BSP, saya juga perlu ke sesi kaunseling makanan. Nurse akan pantau cara pemakanan kita dan check darah supaya baby dalam kandungan sihat....so bila kata jaga pemakanan, kena la berdiet daripada makanan sebarangan yang manis-manis, karbohidrat tinggi, berlemak dan apa-apa lagi la, yang tu pula dinamakan 'GDM on diet'... kita akan diberikan list makanan yang boleh diambil dan tak boleh serta berapa banyak kuantiti yang dibenarkan.. (ikut klinik le, mungkin juga ada klinik yang tak beri secara bertulis)

Cadangan diet :  
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.
KOMPLIKASI GDM
  • Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.
  • Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.
  • Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
  • Jika bayi mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi amungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid.
  • Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.
  • Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Bayi  juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
  • Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi. 
Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi  besar,  kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.

Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.

Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang.

Biasanya ibu GDM ni kena bersalin pada due date baby, tak boleh lebih hari, .sebab nak mengelakkan baby besar dalam kandungan... so kalau tak juga bersalin minggu ke 40, kena la induce atau dipaksa bersalin...Ya Allah.. Permudahkanlah proses bersalin ku nanti.. Amin..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015