04 November 2014

Vitamin Tamat Tempoh? Selamat kah?

Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?


Pernah tak vitamin yang anda makan telah tamat tempoh?.. Maklum la.. kejap makan.. kejap tak makan.. kadang ambil vitamin waktu pagi.. tapi petang lupa pulak nak makan.. sebelum tidur sepatutnya kena telan gak satu atau dua jenis vitamin.. dah baring atas katil, malas pulak nak bangun.. hehehe macam-macam kerenah sebenarnya.. sebab tu vitamin lambat habis ye tak?..haa..kat sini saya nak kongsi dengan anda semua sama ada vitamin yang dah tamat tempoh masih selamat atau tidak sekiranya kita makan.

 Jawapannya cukup mudah!


SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, saya tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli baru.

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari dua tahun melainkan makanan tambahan yang berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

credit: Beautiful&Charming

So..jangan skip makan vitamin ye..hehhe kalau kita amalkan hari-hari.. insyaAllah kita tak lupa..



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

03 November 2014

Amalan Surah Pilihan Untuk Pesakit Kanser

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak kongsi dalam entri saya dengan anda 'Amalan Surah Pilihan Untuk Pesakit Kanser'. Kebetulan buka Facebook tadi terjumpa info ni melalui kawan-kawan yang share dalam Facebook Rahsia Hawa . Jom baca..

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada semua pembaca, tolong sebarkan kepada ahli keluarga serta saudara yang sedang mengidap penyakit kanser.

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerklukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

02 November 2014

Perhatian Untuk Ibu Hamil :: Omega Guard Bertindak Sebagai Pencair Darah

Assalamualaikum kepada semua yang saya sayangi.. dan yang setia membaca..

Malam ni free sikit sebab anak-anak dengan abah dia gi tengok bola kat rumah mak saudaranya.. ramai la sepupu yang ada.. ambik hati budak-budak je sebab bukan tengok bola kat stadium ye..hehhee.. tinggal saya dengan baby je kat rumah.. baby dah tidur tu, sempatla saya nak update blog jap sambil-sambil tengok bola kat rumah..

Entri kali ni saya nak share tentang Omega Guard untuk IBU HAMIL. Perhatian ye ibu-ibu semua yang sedang hamil.


Seperti yang kita tahu, seorang ibu yang mengadung memerlukan vitamin tambahan bagi memastikan si ibu dan kandungannya sentiasa sihat. Hati ibu mengharapkan anaknya sihat sejahtera dan lahir sempurna. Kemudian ibu berharap anak yang dikandung menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Selalunya bab pemakanan amat dititikberatkan. Makanan-makanan yang baik menjadi pilihan dan makanan-makanan yang memudaratkan akan dihindarkan.

Ibu bijak zaman sekarang sudah tahu kepentingan Omega-3 untuk bekalan DHA juga untuk perkembangan otak janin kecil di dalam perutnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika hidangan ikan menjadi pilihan sampai 3-4 kali seminggu.

Ikan merupakan sumber Omega-3 yang baik dengan kandungan DHA yang tinggi, lebih-lebih lagi ikan laut dalam. Tidak cukup dengan hidangan ikan dalam menu harian, supplemen juga menjadi pilihan makanan tambahan.

Menurut kajian, masa yang paling sesuai untuk mula mengamalkan Omega-3 adalah ketika trimester ketiga iaitu apabila otak janin sedang terbentuk.

Jadi tidak hairanlah jika Omega Guard Shaklee dari sumber ikan laut dalam dengan bekalan DHA terbaik ini menjadi pilihan pelanggan-pelanggan yang sedang hamil.




Omega-3 memang bagus untuk perkembangan otak bayi, dan ia juga bagus untuk ibu. Ini kerana Omega-3 merupakan asid lemak yang amat diperlukan oleh badan. 

Asid lemak dari Omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah, mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal.

Namun begitu, dek kerana fungsinya 'mencairkan darah', yang akan melambatkan darah berhenti ketika bersalin/pembedahan, adalah dinasihatkan ibu hamil untuk menghentikan pengambilan Omega-3 apabila hampir tarikh bersalin. Sebaiknya 4 minggu sebelum tarikh yang diberi oleh doktor.

Kesimpulannya.. Omega Guard bagus untuk ibu yang mengandung dan bayi yang dikandung. Tetapi ibu mengandung hanya boleh mengambil Omega Guard selepas memasuki fasa trimester ketiga..

Juga diingatkan apabila usia kandungan hampir mencecah 9 bulan, atau 4 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.. ibu-ibu haruslah menghentikan pengambilan Omega Guard untuk mengelakkan darah lambat berhenti ketika bersalin/pembedahan.

Pengalaman saya yang lepas, mengandung anak kelima.. saya stop makan Omega Guard semasa usia kandungan 36 minggu kerana empat orang anak saya semuanya bersalin awal seminggu. Alhamdulillah.. proses bersalin berjalan lancar. Sekarang baby dah berusia 4 bulan lebih.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

01 November 2014

Promosi November 2014 :: Omega Guard Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua..

Saya nak umumkan pada kawan-kawan.. Promosi Omega Guard Shaklee kini sedang berlangsung sepanjang November 2014..Beli 6 Percuma 1..

Jom dapatkan Omega Guard dengan harga yang PALING ISTIMEWA sepanjang bulan ini.

Omega guard ..antara suplemen yang SANGAT DIGALAKKAN untuk kita consume setiap hari kerana badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak omega 3 yg perlu untuk badan kita utk proses metabolisma... 

Juga untuk otak, untuk alahan, untuk asma, untuk sendi, untuk kesihatan jantung, untuk kawal berat badan, untuk kulit yg cantik... memang kita semua perlukannya..



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015