Showing posts with label Zikir Penerang Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Zikir Penerang Jiwa. Show all posts

19 December 2014

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Bacaan Pembuka Pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 

- Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

- Barangsiapa setiap hari membaca La Ilahaillallahul Malikul Haqqul Mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil Adziim 

- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS

- Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH 

- Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

- Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…Al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR 

- Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

"Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami…. 
Jika Rezki kami ada diLangit makaTurunkanlah.
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. 
Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Sukar maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin."

Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita. Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....
SEBARKAN...

Credit : Rahsia Hawa


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

09 October 2014

Fadhilat Ya Hayyu Ya Qayyum

Bismillahirrahmanirranim..

Assalamualaikum semua? Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan dilindungi oleh-Nya selalu.. Terima kasih kerana masih setia melawat blog 'Vitamin Ibu Aina' ni. Lama betul tak update blog sejak bersalin dan habis pantang ni. Rindu gak rasanya.. Hari ni saya nak kongsi mengenai 'Fadhilat Ya Hayyu Ya Qayyum'.. marilah kita bersama-sama mengamalkannya.. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. Amin



Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

  • Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
  • Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
  • Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
  • Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
  • Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
  • Di sukai orang
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
 
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
 
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
 
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
 
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
 
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
 
* baca Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali) *
 
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
 
 
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.
 


Sumber: Zikir Asmaul Husna,
_________________________________________________

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. 

Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

Credit : Fai CeritaCinta


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015