Pasti ada yang pernah mendengar tentang kerosakan tiub fallapio kan...? Masalah
ini juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan bagi kaum wanita. Saya nak kongsikan info mengenai kerosakan tiub fallapio dan cara untuk mengesannya.
Kerosakan tiub fallopio lazimnya menyebabkan kesukaran untuk hamil. Bahkan antara 30 hingga 40 peratus wanita yang sukar hamil adalah disebabkan kerosakan tiub fallopio.
Kerosakan
tiub fallopio boleh menyebabkan salurannya tersumbat. Kadangkala ia
menyebabkan tersumbat secara total dan adakalanya pula hanya separuh
(partial) tersumbat.
Dalam keadaan
separuh tersumbat, kehamilan luar rahim ataupun ectopic pregnancy
mungkin berlaku. Keadaan ini disebabkan perjalanan embrio (bakal janin)
ke dalam rahim tersekat. Oleh itu embrio terlekat di dinding tiub yang
mana ianya tersekat dan terus membesar.
Oleh sebab otot
di dinding tiub fallopio tidak setebal otot dinding rahim, kandungan di
tiub ini lazimnya pecah ketika janin berumur tujuh hingga sembilan
minggu.
Dalam keadaan ini, pembedahan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan dan kandungan tidak dapat diselamatkan.
Kebanyakan
permasalahan di tiub fallopio disebabkan penyakit radang pelvis.
Jangkitan berlaku apabila kuman merebak ke dalam pelvis daripada
jangkitan yang ada di bahagian serviks atau rahim.
Ketika jangkitan
yang teruk berlaku, pesakit lazimnya demam, sakit perut dan
mengeluarkan keputihan yang berbau busuk. Jangkitan kuman boleh berlaku
selepas bersalin dan keguguran.
Difahamkan juga ketahanan seseorang wanita menurun ketika kedatangan haid dan subur ketika hamil.
Bagi pesakit
yang dijangkiti secara kronik pula, permasalahan kesakitan di bahagian
pelvis adalah berpanjangan. Kadangkala kesakitan ini boleh mengganggu
hidup harian seseorang wanita iaitu gangguan untuk bekerja, berjimak dan
tidur.
Kesakitan ini mungkin disebabkan oleh parut yang berlaku kerana jangkitan kuman.
Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan tiub fallopia adalah seperti berikut:
1. Radang di bahagian pelvis (PID - pelvic inflammatory disease), contohnya jangkitan kuman seperti gonorea dan clamydia
2. Penyakit tuberkolosis (TB) pelvis
3. Penyakit lain seperti endometriosis (penyakit disebabkan pengumpulan darah dalam ruang pelvis).
4. Parut mungkin berlaku dan menyebabkan kerosakan tiub selepas pembedahan
lain seperti pembedahan membuang apendiks atau sista di ovari.
Selepas
dianalisis keadaan tiub fallopio, doktor yang menjalankan pembedahan
laparoskopi lazimnya boleh mencadangkan rawatan selanjutnya.
Antara
cadangan yang mungkin diberi adalah:
Pembedahan mikro
untuk memulihkan kembali kemampuan tiub fallopio. Sebelum melakukan
pembedahan ini, doktor perlu mengetahui bahagian yang tersumbat dan
panjang tiub yang tersumbat.
Fakta ini
membolehkan jangkaan dibuat mengenai kadar kejayaan pembedahan mikro
terbabit. Kaedah ini dilakukan untuk pasangan yang masih inginkan
zuriat. Jika tempat tiub tersumbat tidak sesuai atau tiub yang rosak
terlalu panjang, pembedahan mikro tidak akan dilakukan kerana kadar
kejayaannya rendah.
Bagi wanita yang
mengalami kesakitan kronik, pembedahan membuang parut, mungkin boleh
mengurang atau menghilangkan kesakitan yang dialami.
Bagi pasangan
yang masih inginkan kehamilan tetapi pembedahan mikro tidak digalakkan,
cadangan untuk hamil secara persenyawaan luar rahim (IVF) akan
disyorkan. Dalam proses ini, ovum dan sperma daripada isteri dan suami
akan disatukan di dalam makmal dan embrio yang terbentuk akan dimasukkan
kembali ke dalam rahim ibu.
Proses ini tidak memerlukan kehadiran tiub fallopio. Rawatan ini mungkin memerlukan kos yang agak tinggi.
Ujian Hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?
Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk
mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio.HSG adalah ujian X-ray dimana
bahagian dalam rahim,tiub fallopio dan kawasan disekeliling mereka
kelihatan dan diperiksa.Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang
mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub
fallopio tersumbat atau masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk dan struktur rahim abnormal.
Disamping itu, HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub
fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar
kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertiliti
menjadi hamil selepas HSG
Bilakah HSG dibuat?
Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid tamat tetapi sebelum ovulasi,untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan
Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?
Prosedur
HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Anda akan
berbaring di atas meja di bawah fluoroskop ( real-time x-ray). Spekulum
akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda. Doktor
akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke
dalam bukaan serviks. Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim
perlahan-lahan melalui cannula, kemudian memasuki tiub fallopio dan
keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat.
Beberapa
gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut,
keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x-ray. Akan
tetapi, prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnosis
endometriosis.
Selepas
HSG, anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta-merta, tetapi
anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks untuk beberapa hari.
Apakah risiko dan komplikasi HSG?
HSG
adalah prosedur yang sangat selamat. Walaubagaimanapun,risiko dan
komplikasi jarang terjadi, Cuma 1% sahaja di kalangan pesakit.
Ia termasuk seperti:
- Jangkitan kuman
- Pendarahan faraj
- Pengsan
- Alahan terhadap dye berwarna
- Luka pada serviks
- Pendedahan sinaran x-ray.
Apakah langkah seterusnya selepas HSG?
- Keputusan normal
Tiub
fallopio dan rahim tidak mempunyai masalah. Doktor anda mungkin memberi
cadangan untuk membuat ujian lain untuk mencari sebab ketidaksuburan
anda atau memberi rawatan seterusnya seperti IUI.
- Keputusan tidak normal
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
No comments:
Post a Comment