29 December 2014

Bengkak Susu

Bengkak Susu adalah jangkitan tisu payudara yang menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan pada payudara atau secara perubatannya lebih dikenali sebagai Mastitis. Mastitis kerap terjadi pada wanita yang sedang menyusukan bayi, tetapi jarang-jarang ia berlaku juga kepada wanita yang tidak menyusu.


Mastitis biasanya berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas penyusuan ibu bermula dan kerap terjadi pada salah satu payudara sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga berlaku pada kedua-dua belah payudara.

Sesetengah ibu menjadi keliru dan ada yang memberhentikan terus penyusuan disebabkan kesakitan yang ketara atau kerisauan akan memberi kesan negetif kepada bayi. Walau bagaimanapun penyusuan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada bayi.

Gejala- Gejala Mastitis

Tanda dan gejala boleh muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur seperti:-

1. Rasa tidak selesa atau hangat semasa payudara disentuh
2. Rasa tidak sihat dan tubuh rasa lemah
3. Payudara menjadi bengkak
4. Kesakitan memanjang dan rasa panas yang berterusan
5. Kulit payudara menjadi merah
6. Demam 38 C atau lebih 

Sebab Mastitis

Mastitis berlaku apabila bakteria memasuki payudara anda. Keadaan ini terjadi apabila berlaku luka pada kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu di puting anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda atau dari mulut bayi anda akan masuk melalui duktus susu dan boleh membiak menyebabkan kemerahan, kesakitan, pembengkakan payudara.

Siapa yang berisiko

Berikut adalah keadaan yang boleh membuatkan anda berisiko untuk mengalami mastitis:-

1.    Puting sakit atau luka
2.   Sejarah mastitis pada kandungan dulu. Ia kerap terjadi pada kandungan seterusnya
3.  Amalan menyusukan payudara dengan satu teknik sahaja menyebabkan air susu bertakung dan mengalakan pembiakan bakteria.
4.   Memakai coli ketat, yang boleh menyekat aliran susu. 

Bila anda perlu jumpa doktor

Dalam kebanyakan kes, anda akan berasa tidak sihat seperti gejala selsema selama beberapa jam sebelum anda menyedari kemerahan pada kulit payudara anda. Bila sakit sudah terasa eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Doktor akan memeriksa payudara anda untuk mengesahkan diagnosis dan selalunya antibiotik akan diberikan. Rawatan antibiotik selalunya berkesan sekiranya masalah anda masih di peringkat awal. Sekiranya sakit tidak surut selepas dua hari dengan rawatan antibiotik, eloklah anda kembali kepada doktor anda untuk memastikan tiada pembentukkan nanah dalam payudara anda.


Rawatan Mastitis di rumah

Jika anda mengalami mastitis, ia masih selamat untuk anda terus menyusukan bayi. Menyusukan bayi membantu payudara sembuh dari jangkitan dengan lebih cepat.

Untuk melegakan ketidakselesaan, tindakan berikut boleh diambil:-

1. Kekalkan rutin penyusuan bayi anda macam biasa
2. Elak dari payudara anda menjadi bengkak sementara menunggu penyusuan seterusnya
3. Gunakan kedudukan penyusuan yang pelbagai, jangan bergantung kepada satu posisi sahaja
4. Minum air secukupnya. Minima lapan gelas sehari.
5. Letakan tuala suam pada payudara atau siramkan payudara anda dengan air suam untuk mengurangkan bengkak.
6. Pam susu anda atau perah dengan tangan sekiranya aliran susu menjadi perlahan atau sekiranya anda berasa susu masih banyak tertinggal.
7. Pakai coli sokongan yang boleh menampung payudara anda dengan baik

Pencegahan 

-Kurangkan risiko anda untuk dijangkiti mastitis dengan memastikan aliran air susu tidak terganggu semasa menyusukan bayi. Biarkan bayi anda untuk mengosongkan satu payudara sebelum bertukar ke payudara sebelah lagi.

-Sekiranya bayi anda cuma mengisap sedikit sahaja, pastikan bayi diberikan payudara sebelah tersebut untuk susuan yang seterusnya.

-Amalkan menukar posisi penyusuan untuk mengalakan aliran air susu dan mengelakan takungan.

-Pastikan lekapan mulut bayi yang sempurna pada payudara untuk mengurangkan luka pada puting.

-Jangan biarkan puting anda menjadi ‘pacifier’ untuk mengelakan luka pada puting. Bayi gemar menjadikan puting anda sebagai alat untuk keselesaan walaupun tidak lapar.

Sekian dulu perkongsian ilmu untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi terutama kepada ibu-ibu yang pertama kali bergelar ibu.. semoga dapat bermanfaat untuk kawan-kawan semua.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

27 December 2014

Kenapa Saya Jatuh Cinta Dengan OsteMatrix Shaklee??

Assalamualaikum semua..

Jatuh cinta dengan OsteMatrix Shaklee?? Emm..dengar tajuk je.. dah jiwang habis.. heehee.. Ni nak kongsi dengan kawan-kawan semua kenapa saya jatuh cinta sangat dengan OsteMatrix ni.

OsteMatrix Shaklee ni lebih daripada sekadar KALSIUM tau.. kerana ia membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Pertama kali saya ambil OsteMatrix ni ialah semasa saya menyusukan Aina. Saya tambah lagi Set Penyusuan saya dengan OsteMatrix untuk 'milkbooster'.. kadang-kadang sakit pinggang juga kerana terlalu lama berbaring sambil menyusukan Aina. Lagi satu saya ni jarang sangat minum susu.. kalau kurang susu macam mana nak lengkapkan kalsium dalam badan kan.. 



Sejak saya amalkan OsteMatrix ni.. yang paling saya teruja kesannya ialah mengenai SEMBELIT saya. Kalau anda nak tahu.. saya ni jenis yang susah 'membuang' ye.. hehe dah la susah.. 'membuang' lak bukannya hari-hari.. mahunye tiga empat hari, comform la SEMBELIT!! adoii.. memang mengerikan tau.. lagi-lagi kalau waktu berpantang.. huh.. seminggu makan, kadang-kadang tak mahunye 'membuang'.. kalau rasa sakit perut nak 'membuang' pun.. bukannya boleh terus je ke tandas dan terus 'buang' ye.. no..no..no.. kena ambil masa dulu..bercinta dulu.. dan tunggu dulu sehingga betul-betul rasa bersedia.. hahha panjang lagi cerita ni macam sakit nak bersalin pulak..

Kawan-kawan tahu tak.. sebiji OsteMatrix bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium dan 80 biji badam tau.. haaaa.. nampak tak kat situ.. makan sebiji pun dah macam kita minum susu tinggi kalsium ye.. kalau makan 4 biji OsteMatrix? macam kita dah minum 4 gelas susu tinggi kalsium la kan..? mudah je.. hanya telan saja.. tak perlu bancuh bagai.. dulu kalau nak bancuh susu untuk minum.. 2 gelas sehari pun belum tentu cukup.. ye tak?

Kini, setiap malam sebelum tidur, memang saya amalkan dan wajibkan diri telan 4 biji OsteMatrix ni.. hasilnya MEMANG SUPERB!!.. tidur pun lena.. dah tak sakit pinggang lagi.. bangun pagi comform 'membuang' dengan LAWAS nya.. dan dah tak SEMBELIT ye.. badan pun rasa ringan je.. kalau terlupa telan OsteMatrix ni.. memang mengerikan la bagi saya sebab takut sangat sembelit lagi..



Anda nak cuba OsteMatrix Shaklee ni..? Saya sedia bantu anda.. Bagi yang pernah mengalami SEMBELIT yang mengerikan ni.. memang sangat-sangat dialu-alukan.. sebab hanya anda je yang tahu tahap NGERI nya macam mana.. hihihii..

Berminat? Hubungi saya sekarang..

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

26 December 2014

Projek Tabung Subuh :: Part 1

Assalamualaikum kawan-kawan semua..pejam celik pejam celik, cepatnya masa berlalu..dah nak masuk tahun baru 2015 ye.. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih diberikan nikmat hidup kepada kita untuk kita sentiasa beramal kepada-Nya.

Entri kali ni saya nak share dengan anda semua mengenai "Projek Tabung Subuh"... Pertama kali saya terbaca mengenai "Tabung Subuh" ni ialah semasa terbaca dalam status  Facebook Aishah Nin (rakan Biz saya), masa tu tertanya-tanya gak apa benda Tabung Subuh tu.. dalam hati saya meneka..'mestilah simpan duit dalam tabung kan?' tapi huraian tentang tu saya tak terus meng'google' dulu.. biasa la.. sibuk buat kerja.. terlupa dah nak study pasal tu.. 

Tak lama lepas tu, saya terbaca lagi status Facebook Aishah Nin ni mengenai update blog dengan tajuk "Projek Tabung Subuh".. so terus la saya ke blog Aishah Nin untuk membaca lanjut mengenainya.. Di bawah ni saya petik ayat di dalam blognya yang dikongsi dari Kak Sharifah Fazilah untuk manfaat kita bersama..
******************************
Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
Bagi saya, ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb, whatsapp.

Sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.


Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya.


Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan.

Seperkara lagi sekiranya kita out station, tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita.
Credit to : Kak Sharifah Fazilah
******************************
Semoga perkongsian ini akan memberi semangat baru di dalam Tahun Baru 2015 nanti agar kita dapat menambahkan lagi ilmu dan amalam-amalan kebajikan kita.. Saya akan sambung "Projek Tabung Subuh" saya sekeluarga dalam entri akan datang.. tunggu ye.. ;-)




“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015