Sembahyang tengah malam
Kita sebagai hamba Allah tentu sekali mengharapkan
pertolongan dari Allah . Sembahyang tahjud satu-satunya cara kita minta bantuan
Allah agar di permudahkan segala urusan dunia kita.
Solat
Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya
dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat
dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan
para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Walaupun
tidak setiap hari cuba amalkan satu minggu sekali.
Firman
Allah SWT.:
“Dan
pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat
tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang
terpuji.”
(Surah
Isra’; ayat 79)
Rasulullah
SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin
sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga
sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat
menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan Solat Tahajjud:-
1.
Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2.
Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3.
Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4.
Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5.
Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Kelebihan
Solat Tahajjud:-
1.
Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2.
Doa dimakbulkan Allah.
3.
Memperolehi ketenangan jiwa.
4.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8.
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15.
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
***********************************************
Semoga bermanfaat untuk kita semua.. memang terasa nikmatnya apabila kita mendirikan solat malam.. bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada mendidik hati untuk lebih dekat dengan Allah S.W.T.
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
No comments:
Post a Comment