18 December 2014

10 Khasiat Vitamin E Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Luar Biasa Vitamin E Shaklee.

Vitamin E Shaklee merupakan kapsul hitam menawan umpama Spa untuk merawat kesihatan dan kulit dari dalam.. Senang dan jimat, tak perlu dah nak pergi ke SPA membelai diri hari-hari, amalkan saja Vitamin E ni di rumah, nak manja-manjakan diri boleh buat di rumah sahaja.. samada nak makan atau disapu terus pada kulit..



Vitamin E ni fungsinya bukan untuk kulit sahaja tau, tapi sebenarnya ada pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh badan kita antara nya:

1. ANTIOKSIDAN  Yang KUAT 

Vitamin E terkenal sebagai antioksida yang baik. Ia menghalang kehadiran radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti kanser khususnya kanser prostat. Ia juga boleh mengukuhkan sistem imun & memperbaiki masalah katarak/penglihatan

 2. Meningkatkan KESUBURAN 

Vitamin E Shaklee  lengkap dengan Selenium yang mampu meningkatkan kualiti semen dan pergerakan sperma. Lelaki yang mengambil 600IU-800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Selain itu, vitamin E juga dapat membantu meningkatkan kesuburan wanita sekaligus meningkatkan peluang kepada yang ingin mendapatkan zuriat

3. Melindungi JANTUNG

Merendahkan kolestrol, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik. Pengambilan 800iu vitamin E sehari dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

1 kapsul Vitamin E Shaklee = 400iu dalam satu kapsul!

4. Pelindung SEL DARAH MERAH

Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh daripada kerosakan. Vitamin ini juga akan melindungi tubuh badan anda daripada bahaya pelbagai ubat & bahan kimia yang akan membentuk radikal bebas.

5. ANTI PENUAAN

Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Mampu mengurangkan kedut, garis halus & bintik penuaan. Ia juga membantu fungsi pembaikan DNA serta memberi perlindungan kepada sel2 badan yang mana akan membantu kulit, jantung, otot dan sel merah dalam keadaan sihat.

6. Menghilangkan PARUT 

Membantu menghilangkan parut & kulit lebih berseri. Malah kuasa antioksida yang kuat di dalam Vitamin E membantu dalam pengeluaran kolagen yang memberikan keanjalan kulit. Juga dapat menghalang sunburn sekiranya diambil bersama2 vitamin C.

Vitamin E turut membantu mempercepatkan proses pembaikan luka  bagi ibu menyusu yang mengalami masalah nipple crack /puting melecet. Bonus lain, dapat mencerahkan bahagian puting yang menjadi gelap kerana kehamilan serta mengurangkan kesan regangan kulit atau stretch mark.

7. Mengurangkan JERAGAT

Jeragat pada kulit berpunca oleh penuaan, kerosakan radikal bebas dan fungsi hati yang lemah. Apabila minyak Vitamin E disapu pada jeragat yang terdapat pada kulit, ia akan membantu melicinkan kulit kasar dan menggalakkan pertumbuhan semula sel.

8. Memperbaiki ARTHRITIS

Meningkatkan keanjalan salur darah, merawat bahu kejang, urat varikos, sakit sendi dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

9. Membantu dalam hubungan suami isteri

Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Meningkatkan stamina/tenaga seksual dengan membekalkan oksigen yang lebih ke seluruh badan. Juga  membantu masalah kedinginan sex  yang sering dialami oleh ibu-ibu menyusu berikutan kehadiran hormon prolaktin yang tinggi.

10. Mengatasi Masalah Pre-Menstrual, Menopos dan Keguguran

Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual, sindrom menopos seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.

Nota : Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vita C & Vita E) bersama-sama untuk menggandakan kesan antioksidan dalam melawan radikal bebas.

SUMBER makanan Vitamin E:

Minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian  dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Risiko KEKURANGAN Vitamin E :

Boleh menyebabkan mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, kulit KUSAM dan tak bermaya,  rambut GUGUR, anemia dan sebagainya.

Jadi pastikan tubuh badan anda cukup dengan nutrisi Vitamin E untuk rahsia hidup SIHAT dan CANTIK  berseri-seri. 



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015