Sebab-Sebab Tubuh Badan Kita Perlukan Suppliment
1. Melengkapkan dos vitamin
yang diperlukan dalam seharian
Dalam
sesetengah situasi, tubuh badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi
dari apa yang kita perolehi dari makanan yang diambil. Contohnya Vitamin E dan
Vitamin C yang diperolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk
memberi pencegahan terhadap penyakit dan anti-penuaan.
2. Kebanyakan
buahan dan sayuran telah disembur racun perosak
Buah-buahan
dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun
perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam ditanah yang
tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur
yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada
didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur
yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
3. Zat
makanan mudah hilang
Zat
dan vitamin yang terdapat didalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,
penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam
makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh
haba ketika proses memasak makanan berlaku.
4. Pengambilan
ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan
Pengambilan
pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu
proses penyerapan zat makanan.
5. Makanan seharian
yang tidak seimbang
Dos
vitamin yang diperlukan juga tidak mampu dicapai akibat pengambilan makanan
yang tidak seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan. Amalan diet yang
tinggi lemak, kafien, gula dan garam menyebabkan simpanan zat didalam tubuh
badan berkurangan.
6. Gaya hidup tidak
sihat
Keperluan
nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak
sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan
masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang
tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil
minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.
7. Pencegahan dari
awal
Supplement
yang diambil dapat membantu kita untuk mencegah beberapa penyakit kritikal. Ini
penting sebagai langkah pertama menghindari penyakit merbahaya seperti sakit
jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.
Jadi, walaupun kita mungkin telah mengambil makanan yang dirasakan
sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas.
Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai
pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan
bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.
Semoga info ini dapat dikongsikan untuk manfaat kita bersama.
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
No comments:
Post a Comment