10 September 2015

Khasiat Dan Kebaikan Alfalfa Shaklee Untuk Kesihatan




Di Malaysia, antara tumbuhan herba yang popular ialah misai kuching, kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan  sebagainya.. Bagaimana pula dengan tumbuhan herba alfalfa?


Ada sesetengah orang kurang mengenali tumbuhan herba alfalfa sedangkan alfalfa telah lama wujud lebih dari 2500 tahun dahulu.. Mungkin juga kerana tumbuhan ini tidak di tanam di Malaysia.. Tapi khasiat alfalfa dikatakan dapat memperbaiki dan menjaga tahap kesihatan..


Sumber Vitamin dan Mineral Alfalfa Shaklee



Antara kandungan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah:-

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
Manakala kandungan mineral yang terdapat di dalam alfalfa:-

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.
Lain-lain keistimewaan alfalfa pula ialah:-

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan)

Jika dilihat pada kandungan vitamin dan mineral yang terdapat di dalam alfalfa tidak hairanlah ianya memberi pelbagai manfaat untuk meningkatkan kesihatan.. Tapi harus diingat, tidak semua tanaman alfalfa mengandungi khasiat yang sama.. Kita kena ambil tahu cara tanaman alfalfa, bahagian mana yang diambil, cara pemprosesan dan sebagainya..

Siapa perlukan khasiat Alfalfa Shaklee?

1.Mereka yang ingin menyingkirkan sisa toksin di dalam badan (detoksifikasi)
2. Mereka yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi
3. Mereka yang mengidap penyakit kencing manis
4. Mereka yang mempunyai masalah sakit sendi
5. Mereka yang mempunyai masalah pundi kencing (kencing tidak lawa, batu karang)
6. Mereka yang mempunyai masalah asthma
7. Mereka yang mempunyai masalah gastrik
8. Mereka yang mempunyai masalah bau badan yang sangat kuat
9. Mereka yang mempunyai masalah dengan bau mulut
10. Golongan wanita yang mempunyai masalah kesihatan wanita seperti keputihan, sakit ketika bersama, merapatkan miss ‘V’
11.  Golongan ibu menyusu yang mempunyai masalah penghasilan susu badan
12. Golongan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan lelaki seperti kelenjar prostate, tahan lama dan sebagainya

AMARAN!

Tidak semua orang boleh mengambil alfalfa..  Jika mempunyai penyakit SLE, alfalfa boleh menyebabkan masalah bertambah teruk..

Oleh kerana alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen maka pesakit yang mengidap kanser seperti kanser payu dara,  kanser ovari serta fiborids  tidak digalakkan untuk ambil walaupun alfalfa membantu dalam melawan sel kanser..

Dan bagi mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin juga tidak digalakkan ambil alfalfa.. Ini kerana kandungan vitamin K didalam alfalfa sangat tinggi yang membantu di dalam memekatkan darah.. Jika diambil bersama dikhuatiri akan menyebabkan ubat warfarin tidak berkesan..

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

04 September 2015

Tiub Fallopio Tersumbat :: Antara Punca Ketidaksuburan Wanita Dan Cara Untuk Mengesan Masalah Ini

Pasti ada yang pernah mendengar tentang kerosakan tiub fallapio kan...? Masalah ini juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan bagi kaum wanita. Saya nak kongsikan info mengenai kerosakan tiub fallapio dan cara untuk mengesannya.


Kerosakan tiub fallopio lazimnya menyebabkan kesukaran untuk hamil. Bahkan antara 30 hingga 40 peratus wanita yang sukar hamil adalah disebabkan kerosakan tiub fallopio.

Kerosakan tiub  fallopio  boleh menyebabkan salurannya tersumbat. Kadangkala ia menyebabkan tersumbat secara total dan adakalanya pula hanya separuh (partial) tersumbat.

Dalam keadaan separuh tersumbat, kehamilan luar rahim ataupun ectopic pregnancy mungkin berlaku. Keadaan ini disebabkan perjalanan embrio (bakal janin) ke dalam rahim tersekat. Oleh itu embrio terlekat di dinding tiub yang mana ianya tersekat dan terus membesar.

Oleh sebab otot di dinding tiub fallopio  tidak setebal otot dinding rahim, kandungan di tiub ini lazimnya pecah ketika janin berumur tujuh hingga sembilan minggu.

Dalam keadaan ini, pembedahan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan dan kandungan tidak dapat diselamatkan.

Kebanyakan permasalahan di tiub fallopio disebabkan penyakit radang pelvis. Jangkitan berlaku apabila kuman merebak ke dalam pelvis daripada jangkitan yang ada di bahagian serviks atau rahim.

Ketika jangkitan yang teruk berlaku, pesakit lazimnya demam, sakit perut dan mengeluarkan keputihan yang berbau busuk. Jangkitan kuman boleh berlaku selepas bersalin dan keguguran.

Difahamkan juga ketahanan seseorang wanita menurun ketika kedatangan haid dan subur ketika hamil.

Bagi pesakit yang dijangkiti secara kronik pula, permasalahan kesakitan di bahagian pelvis adalah berpanjangan. Kadangkala kesakitan ini boleh mengganggu hidup harian seseorang wanita iaitu gangguan untuk bekerja, berjimak dan tidur.

Kesakitan ini mungkin disebabkan oleh parut yang berlaku kerana jangkitan kuman.

Penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan tiub fallopia adalah seperti berikut:

1. Radang di bahagian pelvis (PID - pelvic inflammatory disease), contohnya jangkitan kuman seperti gonorea dan clamydia

2. Penyakit tuberkolosis (TB) pelvis

3. Penyakit lain seperti endometriosis (penyakit disebabkan pengumpulan darah dalam ruang pelvis).

4. Parut mungkin berlaku dan menyebabkan kerosakan tiub selepas pembedahan lain seperti pembedahan membuang apendiks atau sista di ovari.

Selepas dianalisis keadaan tiub fallopio, doktor yang menjalankan pembedahan laparoskopi lazimnya boleh mencadangkan rawatan selanjutnya.

Antara cadangan yang mungkin diberi adalah:

Pembedahan mikro untuk memulihkan kembali kemampuan tiub fallopio. Sebelum melakukan pembedahan ini, doktor perlu mengetahui bahagian yang tersumbat dan panjang tiub yang tersumbat.

Fakta ini membolehkan jangkaan dibuat mengenai kadar kejayaan pembedahan mikro terbabit. Kaedah ini dilakukan untuk pasangan yang masih inginkan zuriat. Jika tempat tiub tersumbat tidak sesuai atau tiub yang rosak terlalu panjang, pembedahan mikro tidak akan dilakukan kerana kadar kejayaannya rendah.

Bagi wanita yang mengalami kesakitan kronik, pembedahan membuang parut, mungkin boleh mengurang atau menghilangkan kesakitan yang dialami.

Bagi pasangan yang masih inginkan kehamilan tetapi pembedahan mikro tidak digalakkan, cadangan untuk hamil secara persenyawaan luar rahim (IVF) akan disyorkan. Dalam proses ini, ovum dan sperma daripada isteri dan suami akan disatukan di dalam makmal dan embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam rahim ibu.

Proses ini tidak memerlukan kehadiran tiub fallopio. Rawatan ini mungkin memerlukan kos yang agak tinggi.

 
 
Ujian Hysterosalpingogram (HSG) mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Hysterosalpingogram (HSG) adalah salah satu ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan tiub fallopio.HSG adalah ujian X-ray dimana bahagian dalam rahim,tiub fallopio dan kawasan disekeliling mereka kelihatan dan diperiksa.Ini selalunya dilakukan untuk wanita yang mempunyai masalah sukar hamil sama ada mereka mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat atau masalah dalam rahim seperti fibroid, polyps, bentuk dan struktur rahim abnormal.

Disamping itu, HSG kadang-kadang menolong menghilangkan masalah tiub fallopio tersumbat yang tidak serius. Ini boleh meningkatkan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita yang mengalami masalah infertiliti menjadi hamil selepas HSG

Bilakah HSG dibuat?

Ia biasanya dilakukan selepas tempoh haid tamat tetapi sebelum ovulasi,untuk mengelakkan gangguan awal kehamilan

Bagaimanakah HSG dibuat untuk mengesan masalah tiub fallopio tersumbat?

Prosedur HSG biasanya mengambil masa kurang daripada 30 minit. Anda akan berbaring di atas meja di bawah fluoroskop ( real-time x-ray). Spekulum akan diletakkan di dalam faraj dan diperiksa oleh doktor anda. Doktor akan membersihkan serviks anda dan cannula (tiub plastik) diletakkan ke dalam bukaan serviks. Dye berwarna akan disuntik ke dalam rahim perlahan-lahan melalui cannula, kemudian memasuki tiub fallopio dan keluar dari bukaan tiub fallopio jika tidak tersekat.

Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye berwarna tersebut, keabnormalan dalam rongga rahim boleh dikesan melalui gambar x-ray. Akan tetapi, prosedur HSG tidak direka untuk menilai ovari atau mendiagnosis endometriosis.

Selepas HSG, anda boleh menyambung semula aktiviti biasa serta-merta, tetapi anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks untuk beberapa hari.

Apakah risiko dan komplikasi HSG?

HSG adalah prosedur yang sangat selamat. Walaubagaimanapun,risiko dan komplikasi jarang terjadi, Cuma 1% sahaja di kalangan pesakit. 
Ia termasuk seperti: 
  • Jangkitan kuman 
  • Pendarahan faraj 
  • Pengsan 
  • Alahan terhadap dye berwarna 
  • Luka pada serviks 
  • Pendedahan sinaran x-ray.

Apakah langkah seterusnya selepas HSG?
  • Keputusan normal
Tiub fallopio dan rahim tidak mempunyai masalah. Doktor anda mungkin memberi cadangan untuk membuat ujian lain untuk mencari sebab ketidaksuburan anda atau memberi rawatan seterusnya seperti IUI.
  • Keputusan tidak normal
Jika tiub fallopio tersumbat, doktor anda mungkin memberi cadangan sama ada melakukan laparoskopi ( prosedur pembedahan untuk melihat tiub) atau memberi rawatan seterusnya seperti IVF

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”


Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

03 September 2015

11 Sebab Kenapa Anda Perlukan ESP

Jangan minum ESP sebab 'kesan sampingannya' membuatkan anda jatuh cintaaaa...!!! belum cuba belum tahu..dah cuba mesti anda mahu.. hihihi
  • Untuk DIET - ESP mengawal selera makan
  • Untuk BERPUASA - ESP memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari 
  • Untuk PERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU - ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu ibu
  • Untuk ibu HAMIL - ESP menguatkan rahim untuk pembentukan otot baby, dan membekalkan tenaga untuk si ibu
  • Untuk yang nak PREGNANT - ESP membantu dalam kesuburan 
  • Untuk ibu BERPANTANG – ESP membantu cepat baik pulih luka jahitan dan beri tenaga segera kepada ibu yang sedang berpantang
  • Untuk PENGIDAP GASTRIK – ESP membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati
  • Untuk KESIHATAN OPTIMUM - ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya kerana ESP merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
  • Untuk Pelajar, pekerja atau individu dewasa - ESP As energy booster (kalau minum pagi2 tu terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Untuk LELAKI – melindungi dari sebarang penyakit (jantung , kanser, dan lain-lain)
  • Untuk WANITA – ESP untuk keanjalan kulit... untuk kulit gebuuu... halusss... Untuk awet muda... protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata.
 

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015