28 April 2015

5 Petua Wajah Berseri

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua..

Hari ni saya nak share sesuatu yang istimewa mengenai petua untuk mendapatkan wajah yang berseri.. hiihi.. Lihat gambar di bawah.. semoga tips ini dapat kita amalkan.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

24 April 2015

9 Tips Untuk Tingkatkan Metabolisma



Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate) adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan metabolisma badan anda.

1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).

2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Betul... Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!

3. Makanan pedas. Makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.

4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah.

5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.

6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.

7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.

8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.

9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”



Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

15 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 



Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa 

Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41) 

Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015