Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita ambil kepada
tenaga.Mereka yang makan banyak tapi berat badan susah nak naik adalah disebabkan
kadar metabolisma mereka yang tinggi dan mereka yang makan sikit tapi susah
untuk munurunkan berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang
rendah.
Ada beberapa sebab utama yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Ada
faktor yang boleh kita kawal dan ada faktor semulajadi yang tidak boleh kita
kawal.
Antara faktor yang boleh saya senaraikan ialah:
1.Saiz badan
-badan yang besar bermakna kadar metabolisma kita tinggi. Ini
adalah kerana apabila badan kita besar, ada banyak sel yang perlu dijaga dan
diberikan makanan, maka akan lebih banyak kalori yang diperlukan badan
berbanding orang yang kecil atau kurus.
2.Berat badan
-lebih berat badan kita, maka lebih banyak kalori yang akan
dibakar. Ini adalah kerana, untuk seseorang yang beratnya 100kg bergerak,
berbanding yang 50kg, individu dengan berat 100kg memerlukan tenaga yang lebih
banyak untuk mengerakkan badan yang berat.
3.Peratusan lemak dan otot
-1kg lemak hanya membakar sekitar 4 kalori, manakala
1kg otot akan membakar sekitar 31 kalori. Inilah sebabnya, lelaki mempunyai
tahap metabolisma yang lebih tinggi berbanding wanita.
4.Kandungan hormon
-ada beberapa hormon dalam badan yang mempengaruhi kadar
metabolisma. Ada yang boleh meningkatkan dan ada yang boleh menurunkannya.
5.Umur
-semakin kita berumur, semakin banyak otot yang mengecut jika kita tidak
memberikan makanan (protein) kepadanya dan juga kita tidak stimulasi (senaman)
otot-otot kita maka ia akan mula mengecil. Saiznya yang kecil bermakna jisim
otot kita juga akan menurun.
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
2 comments:
tahniah...good..info..
welcome nik ;-) moga bermanfaat
Post a Comment