16 April 2015

5 Tips Bakar Lemak Dan Tingkatkan Kalori

Cara membakar lemak dan tingkatkan kalori yang mudah:


1. Bersarapan
 
Makan sarapan yang berkhasiat setiap pagi akan merangsang metabolisma untuk bekerja. Sekiranya kita tidak bersarapan, bukan sahaja memburukkan lagi program diet kita, tetapi juga bahaya untuk jantung
 
2. Makan banyak protein
 
Makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti putih telur, serta ikan boleh membebaskan hormon glucagon, yang merangsang sel lemak untuk membebaskan lemak ke dalam darah, dan menukarkannya menjadi tenaga.
 
Protein juga penting dalam pembinaan otot. Otot adalah penting dalam pembakaran lemak. Sekiranya anda menjalani program diet yang tidak sihat, seperti tidak makan selama sebulan, anda akan kehilangan otot, bukannya kehilangan lemak. Ini akan menjadikan anda mudah gemuk kembali apabila anda makan.
 
3. Makan kuantiti sedikit, tetapi kerap
 
Makan dengan kerap untuk tingkatkan metabolisma, tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Selain itu kawal pemakanan anda dan kalau boleh lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan
 
4. Minum air
 
Air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) adalah sangat penting untuk proses metabolima.
 
5. Bersenam
 
Otot adalah tisu aktif yang boleh meningkatkan metabolisma semasa otot bekerja.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

2 comments:

Unknown said...

terimakasih....sarapan..ok..minum..kurang..

Unknown said...

welcome nik :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015