Walaupun kadar metabolisma harian badan ataupun BMR (basal metabolic rate)
adalah tetap, anda masih boleh amalkan tip-tip berikut untuk naikkan
metabolisma badan anda.
1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan
perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih
sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan
menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari
berbanding lemak? Betul... Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina,
tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala
seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi?
Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini.
Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
3. Makanan pedas. Makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh
membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori.
Jangan terlebih.
4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus
selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan
justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah.
5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi
dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh
menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi
seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai
kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan.
Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan
untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang
lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan
lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula
dan lain-lain.
9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan
dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya
keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan
paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
1 comment:
Joging or exercise ni yg masalah nk dibuat...kena cari alternative lain utk cover..
Post a Comment