30 May 2015

Sunnah Dalam Solat

Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya adalah tidur.

Kalau di atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).
 
Dan kalau sakit kepala tu di bahagian belakang kepala, itu tandanya kita stress dan kena release stress tu baru kepala akan ok, inshaAllah.

Ini tips rawatan untuk meningkatkan power of our eyes. Ni penting untuk orang yang matanya lemah. Otot mata menderita dari sehari ke sehari, sebab hari-hari berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu. So, makin hari mata akan kurang power & penglihatan akan kabur atau kurang jelas.

Untuk maintain kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Ini kerana, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. 

Solat dengan cara yang betul akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali (solat fardhu) atau lebih kalau kita nak (solat sunat). 

Nabi Muhammad SAW selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan sekarang, bukti dari kajian saintis ada kebenarannya. Memang sangat bagus untuk meningkatkan penglihatan mata kita.

Subhanallah untuk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni. Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada orang lain. Share dan jangan berhenti dari meraih ganjaran dari Allah SWT. Tidor skjap sblum solat zohor..ni fadzilat nya.

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل 
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-sama lah kita qailullah@nap sekejap sblm zohor.

Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Semoga bermanfaat untuk semua.. Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga yang kadang-kadang terlupa.. So.. jangan tidur lepas Subuh dan lepas Asar ye..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

28 May 2015

"Ana Nak Kek.. Kek Ana Ane?"

Alhamdulillah.. hari ni 28/05/2015 (Khamis) genap umur Nur Aina binti Suhaimuddin 3 tahun. 

'IBU doakan semoga anak IBU Kak Cik (Nur Aina) dipanjangkan usia, dimewahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah.'



Semalam Aina main henset ibu.. jumpa pulak dia gambar kek.. terus tanya "Ana nak kek.. kek Ana ane?" hihihi.. ibu senyum je la sebab nak buat surprise kat dia petang esok.. lepas ambil dia kat rumah opah dan ambil abang dengan kakak kat sekolah.. makan ringkas-ringkas je sambil jamu kawan-kawan abang dengan kakak dia kat rumah.. 


Tadaaaaa..!!! ibu request kek cheese lagi.. hihihi macam biasa, oder dengan Cikgu Lia la.. tema Frozen la kononnye... tu pon cadangan Cikgu Lia.. sedap keknya.. sama macam dulu.. Terima kasih Cikgu Lia.. 


Tak banyak gambar yang dapat snap.. sibuk melayan anak-anak dan kawan-kawannya nak makan.. Kalau perhati betul-betul kek tu tiba-tiba ada nama kakak dan adik Aimy pulak.. hahha.. kira pakej sekali la sebab birthday diorang bulan Jun nak dekat puasa nanti.. Apa pon, ibu seronok tengok diorang makan.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

26 May 2015

YES Pack Healthy Pre-Natal Set


YES Pack Healthy Pre-Natal Set : 6 PRODUK 1 HARGA

Jimat RM32!!!

ESP » penggunaan 1-1.5 bulan
Ostematrix » penggunaan 1 bulan
Vitalea » penggunaan 4 bulan
B Complex » penggunaan 4 bulan
Vitamin C » penggunaan 6 bulan
OmegaGuard » penggunaan 1-3 bulan


Adakah set ini untuk Ibu Hamil sahaja??

TIDAK

Set Yes Pre-Natal ini juga sesuai untuk semuaaaa termasuk: 
» wanita yang merancang hendak hamil
» nak kelihatan CANTIK BERSERI menjelang Syawal
» lelaki yang nak SIHAT dan CERGAS sepanjang masa
» nak kekal cergas ketika Ramadhan
» orang berumur yang selalu sakit badan dan sakit lutut

Ianya sesuai untuk ANDA. Jomm kita YES SAKAN!

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

22 May 2015

:: Banyakkan BERSEDEKAH ::


KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

"Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dan dapat menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah unutk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2. ya adalah utkmu juga, in sha Allah..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

20 May 2015

Kenali Tanda, Punca Dan Tips Menghadapi Krisis Pemulihan

Simptom Pemulihan Secara Umum




Simptom Pemulihan Luaran



Simptom Pemulihan Dalaman


Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAllah. 





“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015