KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai
Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu
masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah
seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana
kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang
mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat
nanti.
Bersedekahlah utk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana
sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia utk bersedekah
dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan
latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
"Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat
menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum
ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih
terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat
untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana
bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dan dapat menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan
hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yg bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
Pahala sedekah pula adalah unutk semua yang berkongsi tentang sedekah itu
(bukan hanya utk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan
sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si
pemberi.
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan
kepada haiwan ternakan atau burung2. ya adalah utkmu juga, in sha
Allah..
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
1 comment:
Good info utk hari yg baik ni..insya Allah Sama2 kita amalkn...
Post a Comment