30 May 2015

Sunnah Dalam Solat

Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya adalah tidur.

Kalau di atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).
 
Dan kalau sakit kepala tu di bahagian belakang kepala, itu tandanya kita stress dan kena release stress tu baru kepala akan ok, inshaAllah.

Ini tips rawatan untuk meningkatkan power of our eyes. Ni penting untuk orang yang matanya lemah. Otot mata menderita dari sehari ke sehari, sebab hari-hari berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu. So, makin hari mata akan kurang power & penglihatan akan kabur atau kurang jelas.

Untuk maintain kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Ini kerana, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. 

Solat dengan cara yang betul akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali (solat fardhu) atau lebih kalau kita nak (solat sunat). 

Nabi Muhammad SAW selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan sekarang, bukti dari kajian saintis ada kebenarannya. Memang sangat bagus untuk meningkatkan penglihatan mata kita.

Subhanallah untuk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni. Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada orang lain. Share dan jangan berhenti dari meraih ganjaran dari Allah SWT. Tidor skjap sblum solat zohor..ni fadzilat nya.

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل 
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-sama lah kita qailullah@nap sekejap sblm zohor.

Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Semoga bermanfaat untuk semua.. Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga yang kadang-kadang terlupa.. So.. jangan tidur lepas Subuh dan lepas Asar ye..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

1 comment:

Unknown said...

Thanks for sharing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015