Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

31 March 2017

Set Vitamin Untuk Kesuburan Wanita

Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta yang paling berharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.


Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yang tidak kenal erti putus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan.

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
  • Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 
  • Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Entri kali ini mencadangkan vitamin-vitamin yang sesuai untuk kesuburan wanita. Mari kita baca.


Energizing Soy Protein (ESP)

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C
 
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)

Zinc Complex

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

PERINGATAN:

Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dangan saya sahaja.
 
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

02 September 2015

Tiub Fallopio Tersumbat :: Punca Ketidaksuburan?

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share mengenai dilema wanita berkaitan masalah tiub fallopio tersumbat. Memandangkan ada yang bertanya, saya carikan maklumat dan kongsikan sedikit maklumat berkaitan dalam Blog IbuAina ini. Semoga info ini bermanfaat buat anda semua.

Tiub Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio terdiri daripada dua tiub nipis, ia membantu membawa telur yang matang daripada ovari ke rahim.

Apabila terdapat penghalang telur daripada perjalanan tiub fallopio, wanita itu sebenarnya mempunyia tiub fallopio tersumbat. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah bahagian. Ini juga dikenali sebagai faktor kemandulan tiub, dan merupakan 40% punca kemandulan wanita.
Tiub Fallopio Tersumbat
Bagaimana masalah tiub fallopio tersumbat menjadi PUNCA KETIDAKSUBURAN?


Setiap bulan, apabila ovulasi berlaku, telur akan dikeluarkan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari melalui tiub, dan telur menuju ke rahim. Sperma juga perlu berenang dari pangkal rahim dan akan melalui tiub fallopio untuk mendapatkan telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak melalui tiub.

Jika satu atau kedua-dua tiub fallopio tersumbat, telur tidak dapat tiba ke pangkal rahim dan sperma tidak boleh sampai ke telur. Ini menyebabkan penghalang persenyawaan dan kehamilan.

Bolehkan anda hamil dengan tiub fallopio tersumbat?

Jika hanya salah satu tiub fallopio tersumbat, ia mempunyai harapan yang cerah untuk hamil. Namun ia juga bergantung sejauh mana ovari berfungsi, dan juga apa yang menyebabkan tiub tersebut tersumbat.

Apakah rawatan tiub tersumbat?

Jika anda mempunyai satu tiub terbuka dan sihat. Doktor anda mungkin akan memberikan anda ubat kesuburan untuk meningkatkan peluang ovulating kerana terdapat tiub yang berfungsi.

Dalam beberapa kes, pembedahan laporoskopi boleh membuka tiub tersumbat atau membuang tisu parut oada bahagian yang bermasalah. Malangnya, rawatan ini tidak selalu berjaya. Peluang kejayaan bergantung kepada bagaimana teruknya, di mana ia tersumbat dan penyebab tersumbat.

Jika ianya hanya nipis di antara tiub dan ovari, maka peluang anda untuk hamil selepas pembedahan adalah yang tinggi. Jika anda mempunyai tiub tersumbat yang sihat, anda mempunyai 20% kepada 40% peluang untuk hamil.

Cadangan suplemen Shaklee:


GLA Complex : membantu meningkat kesuburan wanita.

B-complex : memberi ketenangan dan tenaga kepada saraf.

Alfalfa complex : mengurangkan keputihan yang menghalang telur dan sperma daripada bersatu.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”


Maheran Mat Jusoh

SID : 852745

Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

07 July 2015

5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlukan Vitamin B Complex

1.  PENGHASILAN TENAGA

Vitamin B1, atau thiamine membantu menukarkan karbohidrat kepada glukos, sementara vitamin B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine) dan biotin membantu menukarkan glukos tadi kepada tenaga. Hasilnya? Kadar metabolisma anda tinggi dan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Kuranglah lesu dan penat, terutamanya bila dah petang kan?

2. MEMASTIKAN KESIHATAN SISTEM SARAF

Sebenarnya, vitamin B5 diperlukan untuk kelenjar adrenal (adrenal gland) dan penghasilan  hormone yang diperlukan untuk system saraf.  Mesti ada yang tanya….apa bendanya kelenjar adrenal tu kan? Ha…..kelenjar adrenal ni terletak kat atas buah pinggang kita. Saiz dia, macam buah walnut jer, tapi kecil kecil cili padi katakan, walaupun  kecil, tapp pengaruhnya besar! Kelenjar adrenal ni berfungsi untuk menghasilkan 50 jenis hormone yang diperlukan oleh badan, dan mempunyai pengaruh yang penting untuk mengawal paras gula dan sistem imunisasi badan. Percaya atau tidak, ia juga mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak, i.e. boleh ke kita ni control mood kita....taklah asyik-asyik nak marah kan?

Vitamin B1, B6 dan B12 pula penting untuk kawalan menyeluruh system saraf, termasuk otak. Vitamin B9 pula penting untuk mengelakkan neural tube defect (pregnant mommies… ingat ni)

Sebab tu kalau kurang vitamin B ni, mula la nak moody, marah-marah, stress… betul tak?

3. SISTEM PENGHADAMAN YANG BAIK

Ha! Ni mesti ramai tak tahu. Vitamin B complex sebenarnya diperlukan untuk system penghadaman yang baik kerana ia diperlukan untuk menghasilkan asid hidroklorik dalam perut kita, untuk membantu proses pencernaan lemak, protein dan karbohidrat.  Bagus kan?

4. KULIT, RAMBUT DAN KUKU YANG SIHAT

Vitamin B-Complex juga diperlukan untuk penghasilan RNA dan DNA serta penghasilan sel-sel baru, terutamanya untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat. Percaya atau tidak, kekurangan vitamin B boleh menyebabkan rambut gugur, masalah jerawat, kulit berkedut, kulit kering dan bersisik.

5. SYNERGY

Nak semua khasiat yang saya ceritakan tadi? Pastikan vitamin B yang anda ambil mengandungi KESEMUA komponen penting yang saya ceritakan tadi, sebab, kalau salah satunya takde, maka pincanglah fungsinya. 

So..... Apa istimewanya Vitamin B Complex Shaklee ni?



Vitamin B Complex daripada Shaklee mengandungi kesemua 8 komponen penting yang saya sebutkan tadi, termasuk asid folik dan biotin yang diperlukan oleh tubuh untuk menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan  jantung, peparu dan organ penting yang lain. Ia juga penting untuk sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga metabolisma. Cuba cek vitamin B anda? Ada tak komponen ni?

Selain tu…. Vitamin B shaklee juga mengandungi sistem penyerapan bioaktif berpaten yang berupaya untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting, termasuk asid folic.

Siapa sebenarnya yang perlukan B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang :
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015