Showing posts with label Lemak. Show all posts
Showing posts with label Lemak. Show all posts

02 May 2015

5 Tips Buang Lemak Berlebihan Pada Paha

Selamat berhujung minggu kawan-kawan.. Pagi ni saya nak kongsi tips lagi.. Tips untuk buang lemak yang berlebihan pada paha. Nampak senang je tips ni kan?.. tapi memerlukan semangat yang tinggi, tetap pendirian dan rajin untuk melakukannya... InsyaAllah tips ni dapat membantu kita dan memberi semangat untuk kita ambil berat dalam melaksanakannya. Perlu diingat.. tips ini mesti diamalkan setiap hari sehingga kita nampak kesan dan perubahannya.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak
  • Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan kita.
Makan makanan yang berserat
  • Makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membentuk mengurangkan saiz paha. Ini kerana makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak. Ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan.
Melakukan senaman
  • Antara senaman yang baik untuk paha ialah berjalan atau berjogging. Kaki kita merupakan otot utama untuk kedua-dua senaman ini. Jika kita tidak mampu untuk berjogging, lakukan aktiviti berjalan secara perlahan atau berlari setempat. Fungsi dan kesannya tetap sama. Jadi tiada alasan untuk kita tidak membuat senaman ini!
Amalkan vitamin

  • Permakanan vitamin dapat membantu kita mendapatkan paha yang kurus dan cantik. Nak-nak lagi ambil Set Slimming Shaklee. Set Slimming Shaklee terkenal dengan Shape-up Program dan membantu kita untuk menguruskan badan dan membuang lemak berlebihan di badan. Kebaikan program ini ialah membantu badan menjadi lebih ramping dan langsing, mengecilkan paha, mengurangkan lemak di punggung, lebih bertenaga dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. 


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

16 April 2015

5 Tips Bakar Lemak Dan Tingkatkan Kalori

Cara membakar lemak dan tingkatkan kalori yang mudah:


1. Bersarapan
 
Makan sarapan yang berkhasiat setiap pagi akan merangsang metabolisma untuk bekerja. Sekiranya kita tidak bersarapan, bukan sahaja memburukkan lagi program diet kita, tetapi juga bahaya untuk jantung
 
2. Makan banyak protein
 
Makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti putih telur, serta ikan boleh membebaskan hormon glucagon, yang merangsang sel lemak untuk membebaskan lemak ke dalam darah, dan menukarkannya menjadi tenaga.
 
Protein juga penting dalam pembinaan otot. Otot adalah penting dalam pembakaran lemak. Sekiranya anda menjalani program diet yang tidak sihat, seperti tidak makan selama sebulan, anda akan kehilangan otot, bukannya kehilangan lemak. Ini akan menjadikan anda mudah gemuk kembali apabila anda makan.
 
3. Makan kuantiti sedikit, tetapi kerap
 
Makan dengan kerap untuk tingkatkan metabolisma, tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Selain itu kawal pemakanan anda dan kalau boleh lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan
 
4. Minum air
 
Air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 3 liter sehari) adalah sangat penting untuk proses metabolima.
 
5. Bersenam
 
Otot adalah tisu aktif yang boleh meningkatkan metabolisma semasa otot bekerja.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

15 April 2015

Apa Itu Metabolisma?

Metabolisma ialah proses penukaran makanan yang kita ambil kepada tenaga.Mereka yang makan banyak tapi berat badan susah nak naik adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi dan mereka yang makan sikit tapi susah untuk munurunkan berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.


Ada beberapa sebab utama yang mempengaruhi kadar metabolisma seseorang. Ada faktor yang boleh kita kawal dan ada faktor semulajadi yang tidak boleh kita kawal. 

Antara faktor yang boleh saya senaraikan ialah:

1.Saiz badan 
-badan yang besar bermakna kadar metabolisma kita tinggi. Ini adalah kerana apabila badan kita besar, ada banyak sel yang perlu dijaga dan diberikan makanan, maka akan lebih banyak kalori yang diperlukan badan berbanding orang yang kecil atau kurus.

2.Berat badan
-lebih berat badan kita, maka lebih banyak kalori yang akan dibakar. Ini adalah kerana, untuk seseorang yang beratnya 100kg bergerak, berbanding yang 50kg, individu dengan berat 100kg memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mengerakkan badan yang berat.

3.Peratusan lemak dan otot
-1kg lemak hanya membakar sekitar 4 kalori, manakala 1kg otot akan membakar sekitar 31 kalori. Inilah sebabnya, lelaki mempunyai tahap metabolisma yang lebih tinggi berbanding wanita.

4.Kandungan hormon
-ada beberapa hormon dalam badan yang mempengaruhi kadar metabolisma. Ada yang boleh meningkatkan dan ada yang boleh menurunkannya.

5.Umur
-semakin kita berumur, semakin banyak otot yang mengecut jika kita tidak memberikan makanan (protein) kepadanya dan juga kita tidak stimulasi (senaman) otot-otot kita maka ia akan mula mengecil. Saiznya yang kecil bermakna jisim otot kita juga akan menurun.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015