Showing posts with label Omega-3. Show all posts
Showing posts with label Omega-3. Show all posts

02 November 2014

Perhatian Untuk Ibu Hamil :: Omega Guard Bertindak Sebagai Pencair Darah

Assalamualaikum kepada semua yang saya sayangi.. dan yang setia membaca..

Malam ni free sikit sebab anak-anak dengan abah dia gi tengok bola kat rumah mak saudaranya.. ramai la sepupu yang ada.. ambik hati budak-budak je sebab bukan tengok bola kat stadium ye..hehhee.. tinggal saya dengan baby je kat rumah.. baby dah tidur tu, sempatla saya nak update blog jap sambil-sambil tengok bola kat rumah..

Entri kali ni saya nak share tentang Omega Guard untuk IBU HAMIL. Perhatian ye ibu-ibu semua yang sedang hamil.


Seperti yang kita tahu, seorang ibu yang mengadung memerlukan vitamin tambahan bagi memastikan si ibu dan kandungannya sentiasa sihat. Hati ibu mengharapkan anaknya sihat sejahtera dan lahir sempurna. Kemudian ibu berharap anak yang dikandung menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Selalunya bab pemakanan amat dititikberatkan. Makanan-makanan yang baik menjadi pilihan dan makanan-makanan yang memudaratkan akan dihindarkan.

Ibu bijak zaman sekarang sudah tahu kepentingan Omega-3 untuk bekalan DHA juga untuk perkembangan otak janin kecil di dalam perutnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika hidangan ikan menjadi pilihan sampai 3-4 kali seminggu.

Ikan merupakan sumber Omega-3 yang baik dengan kandungan DHA yang tinggi, lebih-lebih lagi ikan laut dalam. Tidak cukup dengan hidangan ikan dalam menu harian, supplemen juga menjadi pilihan makanan tambahan.

Menurut kajian, masa yang paling sesuai untuk mula mengamalkan Omega-3 adalah ketika trimester ketiga iaitu apabila otak janin sedang terbentuk.

Jadi tidak hairanlah jika Omega Guard Shaklee dari sumber ikan laut dalam dengan bekalan DHA terbaik ini menjadi pilihan pelanggan-pelanggan yang sedang hamil.




Omega-3 memang bagus untuk perkembangan otak bayi, dan ia juga bagus untuk ibu. Ini kerana Omega-3 merupakan asid lemak yang amat diperlukan oleh badan. 

Asid lemak dari Omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah, mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal.

Namun begitu, dek kerana fungsinya 'mencairkan darah', yang akan melambatkan darah berhenti ketika bersalin/pembedahan, adalah dinasihatkan ibu hamil untuk menghentikan pengambilan Omega-3 apabila hampir tarikh bersalin. Sebaiknya 4 minggu sebelum tarikh yang diberi oleh doktor.

Kesimpulannya.. Omega Guard bagus untuk ibu yang mengandung dan bayi yang dikandung. Tetapi ibu mengandung hanya boleh mengambil Omega Guard selepas memasuki fasa trimester ketiga..

Juga diingatkan apabila usia kandungan hampir mencecah 9 bulan, atau 4 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.. ibu-ibu haruslah menghentikan pengambilan Omega Guard untuk mengelakkan darah lambat berhenti ketika bersalin/pembedahan.

Pengalaman saya yang lepas, mengandung anak kelima.. saya stop makan Omega Guard semasa usia kandungan 36 minggu kerana empat orang anak saya semuanya bersalin awal seminggu. Alhamdulillah.. proses bersalin berjalan lancar. Sekarang baby dah berusia 4 bulan lebih.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

19 October 2014

Apa Yang Bezanya?? :: Antara Omega Guard Shaklee Dengan Minyak Ikan yang Lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang saya sayangi.. 

Hari ni saya berkesempatan untuk update blog dengan tajuk 'Perbezaan antara Omega Guard Shaklee dengan Minyak Ikan yang lain'. Memandangkan ada sahabat yang bertanya, so cuti Sabtu dan Ahad sempat la ambil masa untuk study tentang tajuk ni.. kalau tak.. takde idea gak nak cari tajuk entri kaannn... hehehe.. terima kasih pada sahabat yang bertanya tu ye.. ;-)

Omega 3 

Seperti yang kita semua ketahui, Omega 3 ni sangat penting dalam diet seharian kita.. di dalam ikan pun banyak kita selalu dengar tentang DHA dalam susu formula, minyak ikan terutama untuk bayi dan kanak-kanak supaya dapat membantu sistem imunisasi dan fungsi otak. Sebab tu doktor selalu galakkan ibu hamil mengambil Omega 3. Tapi tahukah kita apa sebenarnya Omega 3 ni? 

Apakah itu Omega 3? 

Omega 3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang (yang mempunyai banyak ikatan). Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Malah, ia juga mengakibatkan kegagalan untuk berkembang, melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang kita ambil. 

Apa yang membezakan minyak ikan Shaklee dengan minyak ikan yang lain? Adakah anda yakin anda betul-betul membeli Omega 3 atau lemak ikan? Mari kita lihat perbezaan minyak ikan Shaklee dengan minyak ikan jenama yang lain di dalam gambar di bawah.

Jika anda lihat di dalam gambar di atas. Anda dapat lihat perbezaan antara minyak ikan Shaklee dengan jenama yang lain. Sebagai contoh,  minyak ikan yang pertama menunjukkan 70% lemak ikan dan hanya 30% Omega 3. Minyak ikan yang kedua pula menunjukkan 40% lemak ikan dan 60% Omega 3. dan yang terakhir ialah  Omega Guard dari Shaklee yang menunjukkan 99% Omega 3! Hampir 100% yer.. 

Omega 3 yang ada di dalam Omega Guard Shaklee! Tubuh kita memerlukan Omega 3 bukannya lemak ikan yea! Jadi jangan tertipu.

  



Anda juga akan dapat lihat melalui jadual di atas bahawa TOTAL DHA & EPA di dalam Omega Guard adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan minyak ikan yang lain. Jadi kenapa masih ragu dan masih belum beralih arah? hihii..

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?? 
 
·        -Warga Emas 
·         -Pesakit Jantung
·         -Wanita
·        - Wanita yang telah melahirkan anak
·         -Pesakit darah tinggi 
·        - Orang yang selalu lupa 
·         -Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas 
·         -Pelajar
·         -Ibu menyusu Ibu Hamil 
·         -Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Dalam pasaran memang banyak minyak ikan tau. Kita sebagai pelanggan kenalah pandai memilih minyak ikan yang betul-betul terbaik dan harga pun berpatutan! Harga vitamin Shaklee takde la mahal. Semua mampu milik dengan kesan yang sangat terbaik.

Lagi satu saya nak kongsi dengan anda semua... Selalu orang cakap vitamin Shaklee ni mahal.. Betul ke?? Ok, mari kita tengok dan nilaikan sendiri.. 

Omega Guard Shaklee sebotol (90 biji) 
Harga runcit Semenanjung - RM136.00
Harga runcit Sabah & Sarawak - RM140.00 

Kalau kita bahagikan - satu biji Omega Guard Shaklee cuma berharga RM1.55 sahaja !!! Sebotol boleh bertahan sehingga 3 bulan, jadi.. satu bulan anda hanya berbelanja membeli Omega Guard Shaklee dengan harga RM47.00 sahaja !!! 

Mahal ke?.. Anda boleh nilaikan sendiri.. Apa salahnya berbelanja sedikit untuk kesihatan dan kecantikan anda serta keluarga anda sendiri kan..? Yang penting ia semulajadi.. Renung-renungkan.. ;-)

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015