02 November 2014

Perhatian Untuk Ibu Hamil :: Omega Guard Bertindak Sebagai Pencair Darah

Assalamualaikum kepada semua yang saya sayangi.. dan yang setia membaca..

Malam ni free sikit sebab anak-anak dengan abah dia gi tengok bola kat rumah mak saudaranya.. ramai la sepupu yang ada.. ambik hati budak-budak je sebab bukan tengok bola kat stadium ye..hehhee.. tinggal saya dengan baby je kat rumah.. baby dah tidur tu, sempatla saya nak update blog jap sambil-sambil tengok bola kat rumah..

Entri kali ni saya nak share tentang Omega Guard untuk IBU HAMIL. Perhatian ye ibu-ibu semua yang sedang hamil.


Seperti yang kita tahu, seorang ibu yang mengadung memerlukan vitamin tambahan bagi memastikan si ibu dan kandungannya sentiasa sihat. Hati ibu mengharapkan anaknya sihat sejahtera dan lahir sempurna. Kemudian ibu berharap anak yang dikandung menjadi anak yang pintar dan cerdas.

Selalunya bab pemakanan amat dititikberatkan. Makanan-makanan yang baik menjadi pilihan dan makanan-makanan yang memudaratkan akan dihindarkan.

Ibu bijak zaman sekarang sudah tahu kepentingan Omega-3 untuk bekalan DHA juga untuk perkembangan otak janin kecil di dalam perutnya. Oleh itu, tidak hairanlah jika hidangan ikan menjadi pilihan sampai 3-4 kali seminggu.

Ikan merupakan sumber Omega-3 yang baik dengan kandungan DHA yang tinggi, lebih-lebih lagi ikan laut dalam. Tidak cukup dengan hidangan ikan dalam menu harian, supplemen juga menjadi pilihan makanan tambahan.

Menurut kajian, masa yang paling sesuai untuk mula mengamalkan Omega-3 adalah ketika trimester ketiga iaitu apabila otak janin sedang terbentuk.

Jadi tidak hairanlah jika Omega Guard Shaklee dari sumber ikan laut dalam dengan bekalan DHA terbaik ini menjadi pilihan pelanggan-pelanggan yang sedang hamil.




Omega-3 memang bagus untuk perkembangan otak bayi, dan ia juga bagus untuk ibu. Ini kerana Omega-3 merupakan asid lemak yang amat diperlukan oleh badan. 

Asid lemak dari Omega-3 boleh memecahkan lemak, merendahkan kolestrol dan paras trigliserid, merendahkan tekanan darah, mencegah kematian mengejut disebabkan denyutan jantung abnormal.

Namun begitu, dek kerana fungsinya 'mencairkan darah', yang akan melambatkan darah berhenti ketika bersalin/pembedahan, adalah dinasihatkan ibu hamil untuk menghentikan pengambilan Omega-3 apabila hampir tarikh bersalin. Sebaiknya 4 minggu sebelum tarikh yang diberi oleh doktor.

Kesimpulannya.. Omega Guard bagus untuk ibu yang mengandung dan bayi yang dikandung. Tetapi ibu mengandung hanya boleh mengambil Omega Guard selepas memasuki fasa trimester ketiga..

Juga diingatkan apabila usia kandungan hampir mencecah 9 bulan, atau 4 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin.. ibu-ibu haruslah menghentikan pengambilan Omega Guard untuk mengelakkan darah lambat berhenti ketika bersalin/pembedahan.

Pengalaman saya yang lepas, mengandung anak kelima.. saya stop makan Omega Guard semasa usia kandungan 36 minggu kerana empat orang anak saya semuanya bersalin awal seminggu. Alhamdulillah.. proses bersalin berjalan lancar. Sekarang baby dah berusia 4 bulan lebih.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015