Entri kali ni saya nak share dengan anda semua mengenai "Projek Tabung Subuh"... Pertama kali saya terbaca mengenai "Tabung Subuh" ni ialah semasa terbaca dalam status Facebook Aishah Nin (rakan Biz saya), masa tu tertanya-tanya gak apa benda Tabung Subuh tu.. dalam hati saya meneka..'mestilah simpan duit dalam tabung kan?' tapi huraian tentang tu saya tak terus meng'google' dulu.. biasa la.. sibuk buat kerja.. terlupa dah nak study pasal tu..
Tak lama lepas tu, saya terbaca lagi status Facebook Aishah Nin ni mengenai update blog dengan tajuk "Projek Tabung Subuh".. so terus la saya ke blog Aishah Nin untuk membaca lanjut mengenainya.. Di bawah ni saya petik ayat di dalam blognya yang dikongsi dari Kak Sharifah Fazilah untuk manfaat kita bersama..
******************************
Sememangnya
kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita
stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
Bagi saya, ingin sekali berkongsi pengalaman agar
dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb, whatsapp.
Sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group
laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani
berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana
ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
Saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang,
malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah
dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman
kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca
tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak
pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak
yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali)
melaksanakannya di Madinah.
Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam
sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30
hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan
pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan
hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang
lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya
ceritakan di sini.
Sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan
amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah
memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka
"pick up" apa yang saya katakan.
Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
Seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya.
Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat
tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang
setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir
setahun.
CARANYA?...mudah sekali
Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
Setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah
subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan.
Seperkara lagi sekiranya kita out station, tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita.
Credit to : Kak Sharifah Fazilah
******************************
Semoga perkongsian ini akan memberi semangat baru di dalam Tahun Baru 2015 nanti agar kita dapat menambahkan lagi ilmu dan amalam-amalan kebajikan kita.. Saya akan sambung "Projek Tabung Subuh" saya sekeluarga dalam entri akan datang.. tunggu ye.. ;-)
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
No comments:
Post a Comment