25 December 2014

Bawang Putih Dalam Garlic Complex Shaklee

Hari ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan pasal Garlic Complex Shaklee yang tidak kurang hebatnya... memang banyak supplement berasaskan bawang putih di pasaran kan tapi Garlic Complex Shaklee ini dibuat daripada bawang putih jenis premium, yang mana bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (bukan semua tablet bawang putih di pasaran mengandungi Allicin aktif ok!) Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau bawang putih. 

 



Bawang putih (Allium sativum) adalah antara bahan perubatan tradisi yang telah banyak dijalankan kajian ke atasnya. Antara lain adalah untuk membuktikan kesan bawang putih benar-benar memberi manfaat dalam perubatan.
Penyelidikan kini banyak yang bertujuan untuk mengenalpasti sebatian yang terlibat untuk kesan kesihatan. Komponen yang paling dalam bawang putih adalah sulfur, dan allicin yakni sumber utama untuk tindakan anti mikrobial (sebagai anti biotik). 
Sesetengah pakar bawang putih juga berpendapat bahawa allicin kunci memberi manfaat untuk kesihatan kardiovaskular dan juga antikanser yang mana melibatkan diallil sulfida, iaitu produk pecahan allicin. Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. 
Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.


Antara lain, kajian yang dijalankan ke atas bawang putih:
Meta-analisis: ujian ke atas 365 orang dewasa yang mengalami kolesterol tinggi, pengamalan satu setengah ulas bawang putih segar setiap hari menurunkan paras kolesterol sebanyak 12% (Warshafsky, et al, 1993).
Kajian klinikal: Ujian ke atas 261 pesakit dengan kolesterol tinggi, pengambilan bawang putih menurunkan serum kolesterol sebanyak 12% dan bermakna nilai trigliserida sebanyak 17% selepas 16 minggu. Dos harian adalah 800 mg tablet serbuk bawang putih (Mader, 1990.)
Kajian klinikal: Pengambilan 600 mg serbuk bawang putih dalam bentuk tablet sehari selama dua minggu mengurangkan risiko pengoksidaan lemak dalam darah 34% (Phelps & Harris, 1993).
Bawang putih juga bermanfaat dalam menurunkan kadar gula dalam darah.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, para saintis menggalakkan pengambilan bawang putih dalam bentuk tablet.


Garlic Complex ni mampu milik sangat.. kenapa saya cakap macam tu..? sebab dalam sebotol ada 60 biji, sehari makan 2 biji jer..



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015