19 March 2015

Penyusuan Di Tempat UMUM

Penyusuan di tempat umum - Bagaimana anda menghadapinya?

Kebanyakan pusat membeli-belah utama, atau yang dibina atau diubah suai dalam masa lima tahun yang lepas mempunyai bilik persalinan bayi, di mana anda boleh duduk dan menyusukan bayi anda dengan selesa dengan kehadiran ibu lain. Jika anda tidak mempunyai akses kepada kemudahan seperti itu, kebanyakan tempat akan menyediakan tempat untuk ibu yang menyusu dan bayi yang kelaparan. Mintalah sebuah bilik atau satu sudut apabila anda mahu menyusukan bayi anda. Lambat-laun, apabila anda sudah biasa dengan penyusuan, anda tidak akan malu untuk menyusukan bayi anda di tempat umum.
Walaupun anda berasa malu untuk menyusukan bayi anda di hadapan orang lain, ini telah menjadi satu perkara yang biasa di kawasan bandar di Malaysia. Di samping itu, anda tidak boleh sentiasa pulang ke rumah anda setiap kali bayi anda perlu menyusu. Sesetengah baju direka khas untuk membolehkan anda menyusukan bayi anda dengan baik. Elakkan baju yang menggunakan butang sebab ia akan membuatkan anda berasa sangat terdedah – baju yang boleh meregang adalah lebih baik. Letakkan sehelai skarf, selendang atau kain selimut yang nipis pada bahu dan dada anda semasa bayi anda menyusu supaya anda tidak berasa malu di tempat umum (pastikan anak anda boleh bernafas dengan baik).
Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu mempertimbangkan fakta yang
mana cara hidup orang Malaysia boleh mewujudkan beberapa cabaran untuk menyusukan bayi di tempat umum. Sebagai contoh, jika anda berada di medan selera atau gerai mamak yang buka 24 jam (jangankan kemudahan untuk ibu dan bayi, bilik air yang bersih pun sukar untuk dicari!), jadi lebih baik anda menyusukan bayi anda sebentar di dalam kereta (kunci pintu dan hidupkan enjin supaya penghawa dingin boleh dipasang). Selesaikan penyusuan apabila anda telah sampai di rumah.
 
Apa yang perlu anda beli 

Anda perlu membeli sekurang-kurangnya dua helai bra menyusu. Ini akan memberikan sokongan kepada buah dada anda yang bersaiz lebih besar daripada biasa itu. Ia boleh didapati dalam cangkuk atau zip yang boleh dibuka dengan mudah apabila anda mahu menyusukan. Pastikan ia betul-betul padan dan penutup boleh dibuka sepenuhnya. Jika hanya sedikit sahaja bahagian buah dada yang terdedah, bra itu mungkin memberi tekanan pada anda dan menyebabkan duktus tersumbat. Anda mungkin mahu menunggu sehingga anda melahirkan bayi sebelum membeli bra untuk memastikan anda membeli bra yang padan dengan baik. Anda akan dapati bahawa bra menyusu yang berkualiti tinggi tidak mempunyai dawai sokongan sebab dawai keras ini akan menyebabkan duktus tersumbat.

Sesetengah ibu mendapati bahawa buah dada mereka akan meleleh semasa laktasi. Mendengar tangisan bayi atau terpandang bayi orang lain akan merangsang aliran susu dan ini berlaku kadang-kala pada waktu yang tidak sesuai. Pastikan anda mempunyai bekalan pad bra yang secukupnya. Anda boleh membeli pad yang boleh dibasuh atau pad pakai buang. 

Bolehkah saya menyusukan selepas saya kembali bekerja? 

Ya. Kembali bekerja tidak bermakna anda berhenti menyusukan. Malah, ibu-ibu yang bekerja di luar kawasan rumah mereka dapat menyusukan bayi mereka selama mana yang mereka mahu. Anda mungkin mahu mengepam susu di tempat kerja atau menyusukan hanya apabila anda bersama dengan bayi anda. Kedua-duanya boleh dilakukan. 
Credit : Baby Center


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015