Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang
sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat
mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa
kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan
pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat
kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran
saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan
sehingga usia tua.
“Saya
terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil
kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau
yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga
berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan
pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan
agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet
tinggi zat kalsium.
“Sebanyak
75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang
mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka
khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat
melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
Ia
bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak
satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang
mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula
yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika
ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat
banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju,
dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi
menggantikan susu.
“Selain
produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi
zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah
satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Kata Delilah, walaupun
ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu
mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium
yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi
ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi
secara fizikal.
Selain itu, kalsium
juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls
saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira
14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika
mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia
iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara
amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa
dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling
ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar
khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan
menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu
itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya.
Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka
yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat
kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap
osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk
mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di
hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar
pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan
tulang badan.
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil
secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus
berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh
peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi
terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian. |
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati
ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah
melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk
suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
Credit : Aishahnin.com
Credit : Aishahnin.com
“Berkongsi Kebaikan Untuk
Kesihatan Yang Lebih Baik”
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]