24 January 2014

Kencing Manis Semasa Hamil

Atasi Kencing Manis Ketika Hamil Dengan Shaklee

Bila hamil macam-macam penyakit yang datang bukan? Salah satu di antaranya org kata hormon "pembawakan budak".  Apabila anda di sahkan diabetis ketika hamil sudah pasti risau bukan? bagi ibu yang pertama kali menghadapi masalah ini jom kita kupas apa itu diabetis dan bagaimana cara-cara mengatasi penyakit ini ketika hamil. 

APA ITU KENCING MANIS?

Kencing manis ialah kondisi yang melibatkan peningkatan kadar gula dalam darah. Sesetengah wanita mendapat kencing manis sebelum mengandung, sementara lagi mendapat kencing manis semasa mengandung. Kencing manis yang bermula semasa mengandung dinamakan ‘gestational diabetes’ dan berlaku dalam 7% kehamilan.


Jika anda mempunyai kencing manis semasa mengandung, anda mungkin perlu menukar cara pemakanan bagi mengawal kandungan gula dalam darah. Bagi sesetengah kes yang lebih serius, anda mungkin memerlukan penggunaan insulin. Jika kencing manis tidak dikawal sebelum dan semasa mengandung, masalah-masalah seperti berikut mungkin berlaku:
  1. Kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan bayi mempunyai saiz yang besar sebelum masa kelahirannya. Bayi yang besar boleh menimbulkan komplikasi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bayi yang besar kebiasaannya memerlukan “c-section” kerana mereka lebih terdedah kepada risiko kecederaan jika dilahirkan secara normal seperti perubahan kedudukan bahu.
  2. Bayi lebih berisiko tinggi untuk mengalami kecacatan atau masalah yang berkait dengan jantung, buah pinggang, tulang belakang atau otak. Sesetengah masalah ini boleh menyebabkan kematian.
  3. Risiko untuk anda mendapat darah tinggi meningkat. Kondisi ini boleh menimbulkan masalah kepada anada dan bayi yang dikandung.
  4. Anda mungkin mempunyai ketone di dalam darah dan air kencing yang disebabkan oleh ketoasidosis. Ketoasidosis terjadi apabila gula dalam darah tidak dapat ditukar kepada tenaga, maka lemak digunakan sebagai sumber tenaga. Bahan sampingan penggunaan lemak ini ialah ketone yang boleh menyebabkan kondisi yang agak serius.
  5. Anda mungkin melahirkan bayi pra-matang (sebelum 37 minggu) atau bayi terpaksa dilahirkan awal dari waktunya.
  6. Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami masalah kandungan gula yang rendah dalam darah (hypoglysemia).
  7. Risiko bayi untuk terkena penyakit kuning meningkat.
  8. Anda mungkin mengalami keguguran semasa awal kehamilan atau bayi mungkin mati dalam kandungan sebelum kelahiran.
Jika anda mendapat rawatan sebelum dan semasa mengandung, anda berkemungkinan melahirkan bayi yang sihat.

BAGAIMANA KENCING MANIS SEMASA HAMIL TERJADI?

Organ pankreas dalam badan menghasilkan hormon insulin. Insulin berfungsi menukar gula kepada tenaga. Hormon-hormon lain yang dirembeskan semasa mengandung boleh menghalang insulin berfungsi dengan betul. Maka, pankreas perlu menghasilkan lebih banyak insulin. Jika insulin tidak dapat dihasilkan dengan kuantiti yang mencukupi untuk mengawal kandungan gula dalam darah, anda akan mendapat kencing manis.


Punca sebenar mengapa kencing manis semasa mengandung terjadi tidak diketahui. Wanita yang mempunyai latar belakang seperti berikut lebih berisiko untuk mendapat kencing manis semasa mengandung:

  1. Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis
  2. Obes atau mempunyai berat badan melebihi BMI yang normal
  3. Mempunyai bayi yang sebelumnya bersaiz besar melebihi 4 kg semasa lahir
  4. Bayi yang dilahirkan sebelumnya pernah mati semasa dilahirkan
  5. Bayi yang dilahirkan sebelumnya mengalami kecacatan
  6. Pernah mengalami keguguran
  7. Umur melebihi 35 tahun

APAKAH SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL?

Kencing manis semasa mengandung boleh terjadi tanpa simptom yang jelas. Walau bagai mana pun, ujian air kencing dan darah semasa mengandung boleh mengesahkan jika anda mempunyai kencing manis atau tidak. Jika anda telah pun mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda akan mendapati ianya lebih sukar dikawal semasa mengandung. Jika anda mempunyai simptom-simptom berikut, sila berjumpa doktor secepat mungkin.
  • Sentiasa dahaga
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kuantiti yang banyak
  • Kerap kencing
  • Keletihan tanpa sebab
BAGAIMANA KENCING MANIS DIRAWAT?

Anda harus mengawal aras gula dalam darah dengan melakukan perkara seperti berikut:
  • Mengubah cara pemakanan anda. Kebiasaannya, dietitician akan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis.
  • Mempunyai rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
  • Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Sebaik-baiknya, ia digunakan supaya anda mengetahui pemakanan yang diamalkan semasa mengandung boleh mengawal aras gula dalam darah atau tidak.
  • Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.
ADAKAH KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL BERKEKALAN?

Kebanyakan wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung tidak akan mempunyai kencing manis lagi selepas bersalin. Keperluan insulin oleh badan selepas bersalin akan menurun disebabkan keseimbangan hormon dalam badan akan kembali kepada normal. Walau bagaimana pun, risiko untuk mendapat kencing manis dalam jangka masa terdekat adalah tinggi. 15-20% wanita yang mempunyai kencing manis semasa mengandung didapati mempunyai kencing manis selepas setahun bersalin. Bagi mengurangkan risiko ini, pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang mencukupi.

Jika anda mempunyai kencing manis sebelum mengandung, anda mungkin akan kembali kepada keadaan dan rawatan asal selepas bersalin. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung, terdapat kebarangkalian untuk anda terkena kencing manis lagi jika anda mengandung di masa hadapan.

credit



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

07 January 2014

Ibu Hamil Nak Makan Vitamin SHAKLEE Yang Mana?

Jom tengok cadangan vitamin SHAKLEE untuk ibu hamil.

OsteMatrix (calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 

Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



Omega 3 (Omega Guard) - 2 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Untuk memudahkan kawan-kawan, kami telah menyediakan set untuk preggy momma yang terdiri daripada :

SET 1- utk 1st trimester
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • Vitamin C
  • Ostematrix
SET 2 - utk 2nd & 3rd
  • Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • OmegaGuard (MINYAK IKAN, DHA) 
credit 


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Manfaat Utama Vitamin C Shaklee

APAKAH MANFAAT UTAMA VITAMIN C SHAKLEE? 

Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. 

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 

Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 

APAKAH SIMPTOM KEKURANGAN VITAMIN C?
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar Luka yang lambat sembuh 
  • Mudah selsema / bersin 
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulser 
  • Mudah demam / antibodi tak kuat 
  • Gusi berdarah 
  • Salur darah mengecil 
  • Sakit sendi 
  • Tanda lebam pada badan 
  • Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam) 
SIAPA PERLUKAN VITAMIN C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress (stress akan memusnahkan vitamin D dalam badan)
  • Orang yang makan pil perancang (pil perancang juga akan serap vitamin C dan akibatnya vitamin C cepat musnah dalam badan)
  • Orang yang nak cantik kulit atau yang ada masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vitamin C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan perbaiki tisu kulit 
  • Semua orang yang inginkan kesihatan yang baik sebab vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam selsema yang berpanjangan. Sebab tu dalam set family wellness ada termasuk vitamin C antara vitamin yang perlu diambil untuk semua orang kerana vitamin C bersifat larut air. 

AMARAN! 
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C! 
  • Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin C
  • Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak 
  • Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit
 
TAHUKAH ANDA?? 

  • Haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula, vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C tidak memberi kesan toksik. 
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. Tetapi kandungan vitamin C tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.    
PERBEZAAN SHAKLEE (DENGAN VITAMIN C YANG ADA DI PASARAN)

 Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam. 

 Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam. Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren. 

 Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel) 

 Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah 

 Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan kedalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan. 
 
Kesimpulannya, pilihan saya tentulan Sustained Release Vita C 500mg dari Shaklee. Ianya berkesan, semulajadi dan halal! 

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015