06 February 2014

Tambahkan Berat Badan

Tambahkan Berat Badan Dengan Vitamin Shaklee


Pada sesetengah orang, untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Sebaliknya juga berlaku. Sukar untuk kita menaikkan berat badan kepada berat badan ideal. Dengan kehebatan vitamin Shaklee, impian semua untuk menaikkan berat badan ke berat badan ideal boleh tercapai. Percayalah! 

Set menambahkan berat badan Shaklee terdiri daripada Mealshakes, B Complex dan Vitalea. Jom review tentang tiga vitamin hebat ini. 
 
Meal shakes

♥ membekalkalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting.
♥ sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protien
♥ berperisa vanilla yang sedap.


Vita-lea Iron Formula

♥ membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan darah merah,
♥ banyak membantu mencantikkan kulit, kuku dan rambut.
♥ membantu mencegah tiroid @ beguk (akibat kekurangan iodin)
♥ suplemen penting untuk diet yang sihat
♥ memberi tenaga berpanjangan, tidak lesu dan kulit tampak tegang
♥ mengelak pitam dan pening.

B Complex

♥ mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
♥ mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan dan sistem kardiovaskular.
♥ mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Hanya dengan pengambilan 3 vitamin hebat di atas, impian mencapai berat badan ideal pasti tidak mustahil. Hanya dengan mengikut jadual yang telah disediakan. Alllaaaa.. ada jadual bagai pulak~ =P *nampak rumit tapi cuba! tiada yang mustahil. tak serumit yang disangka! =)

Jadual Pengambilan Set Mencapai Berat Badan Ideal:


1. Sarapan pagi:
 ♥ makan pagi (nasi goreng/nasi lemak etc)
♥ minum susu/milo 1 gelas (bancuh 1 sudu meal shakes)
♥ makan B Complex 1 biji dan Vitalea 1 biji
 
2. Makan pagi (pukul 10)
♥ makan roti
♥ minum susu
 
3. Makan tengahari
♥ makan tengahari yang bergizi (nasi + ayam + daging)
 
4. Makan petang
♥ Makan roti/kuih
♥ Minum susu/milo (bancuh 1 sudu meal shakes)
 
5. Makan malam
♥ makanan bergizi
vitalea 1 biji
 
6. 10 minit sebelum tidur
♥ minum susu/milo (bancuh 1 sudu meal shakes)


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Panduan Pemakanan Ibu Menyusu


Keperluan pemakanan ibu menyusu tidak jauh berbeza dengan ibu hamil. Bagaimanapun, ibu menyusu memerlukan tambahan 200 kalori sehari daripada ibu hamil dan adalah penting kalori ini datang daripada makanan yang berkhasiat.
 

Secara umumnya, ibu menyusu perlukan 2,000 hingga 2,200 kalori sehari.

1) Protein

2-3 hidangan sehari.
1 hidangan bersamaan dengan 3-4 ounz daging, ikan atau ayam.
 

Sumber protin termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Telur
* Keju, susu dan yogurt
* Tauhu
* Kekacang

2) Kalsium

Pengambilan sehari kalsium dicadangkan sebanyak 1,300 milligram sehari.
Baca label nutrisi untuk mengetahui dan memastikan anda mendapat kalsium yang secukupnya.
 

Sumber terbaik kalsium adalah :

* Susu, yogurt dan keju
* Jus oren diperkaya kalsium
* Tauhu
* Ikan sardin
* Sayuran hijau seperti sawi, pak choy, brokoli

3) Zat Besi

Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlu 9 miligram zat besi setiap hari. 


Sumber terbaik zat besi termasuk :

* Daging, Ayam
* Makanan laut *
* Kekacang
* Buah-buahan kering
* Kuning telur

4) Vitamin C

Ibu menyusu perlukan lebih sedikit vitamin C berbanding semasa hamil.
Jika anda berusia lebih 19 tahun, anda perlukan 120 miligram vitamin C setiap hari.
 

Sumber vitamin C yang baik termasuk :

* Buah-buahan citrus seperti buah oren, kiwi
* Buah-buahan tempatan seperti jambu batu, belimbing, tembikai susu
* Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, sawi, kobis bunga, kobis, tomato

5) Vitamin dan Mineral

Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin semasa kehamilan seperti Obimin. Walaubagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi yang anda perlukan. Jika anda mengalami masalah sembelit atau sakit perut, tukar kepada multivitamin yang biasa.

6) Cecair

* Susu ibu = 87% air. Jadi, jika menyusu, air dalam badan anda banyak keluar. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi.
* Jangan abaikan tanda haus yang merupakan tanda badan anda perlukan air.
* Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
* Tambahan daripada 8 gelas air biasa itu, anda juga boleh mengambil jus, susu, sup atau teh herba.

Minum lebih air jika anda bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.

-Tips Lain -

 
* Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi banyak kafein seperti kopi, teh dan kebanyakan air soda. Segelas kopi sepatutnya adalah maksima yang anda boleh ambil dalam sehari.
* Ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap jika anda mengalami masalah sakit ulu hati atau mabuk-mabuk.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

24 January 2014

Kencing Manis Dan Diabetes

Diet dan Diabetes



Glukosa merupakan bentuk gula yang dibawa di dalam aliran darah dan ia amat penting sebagai sumber tenaga badan. Paras glukosa harus dikekalkan pada satu paras yang sempit supaya organ-organ badan dapat berfungsi secara efisien. Paras glukosa yang terlalu tinggi menunjukkan perkembangan pembentukan diabetes mellitus. 


Simptom-simptomnya termasuklah rasa dahaga, kerap membuang air kencing akibat glukosa berlebihan, kehilangan berat badan, letih, jangkitan semula, masalah penglihatan, dan boleh menyebabkan koma dalam beberapa kes serius. Keadaan paras glukosa yang terlalu rendah pula menghasilkan hipoglisemia yang turut menyebabkan koma.

Karbohidrat dalam makanan bergula atau berkanji, seperti coklat, biskut, kek, roti dan ubi kentang, buah-buahan dan jem, meningkatkan paras glukasa di dalam darah. Di bawah keadaan normal, badan akan mengembalikan keseimbangan paras glukosa melalui tindakan hormon insulin yang dirembeskan oleh pankreas. Jika output insulin badan adalah terlalu rendah, atau pengeluaran insulin yang tidak mencukupi, paras glukosa darah menjadi tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai hiperglisemia.


Lebihan glukosa dalam darah akan diekskresikan. Terdapat satu ujian untuk mengukur tahap glukosa di dalam urin. Rawatan untuk keadaan hiperglisemia termasuklah kawalan penjagaan diet seimbang dan sihat yang akan menghadkan pengambilan karbohidrat ringkas serta minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi oleh pesakit diabetes.


Terdapat dua jenis diabetes, iaitu diabetes mellitus bergantung kepada insulin (IDDM) dan diabetes melitus tidak bergantung kepada insulin (NIDDM). IDDM biasanya berlaku sejak zaman kanak-kanak, tetapi masih boleh berlaku pada mana-mana umur dan selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tersebut. 


NIDDM atau dikenali sebagai diabetes onset lambat adalah lebih biasa dalam kalangan warga berumur. IDDM adalah disebabkan daripada ketidakupayaan pankreas untuk mrngeluarkan insulin akibat daripada kerosakan sel. Diabetes ini harus dirawat dengan penggunaan injeksi insulin setiap masa. Diet tidak memainkan sebarang peranan dalam kawalan paras glukosa dalam IDDM walaupun penyusuan ibu membantu mencegah penyakit ini. Dalam individu yang sensitif, IDDM boleh disebabkan oleh infeksi viral seperti serangan degum (mumps) atau campak German terdahulu.

NIDDM yang menyerang lebih kurang 15% orang yang berumur 50 tahun dan ke atas adalah disebabkan daripada kerosakan rembesan insulin atau resistan tisu badan terhadap hormon tersebut. Ia biasanya boleh dirawat dengan kawalan diet sahaja, walaupun terdapat pesakit yang perlu dikawal melalui penggunaan drug. Pesakit perlukan injeksi insulin jika pendekatan-pendekatan di atas gagal untuk mengawal keadaan. Pengurangan berat badan adalah amat penting untuk pesakit diabetes yang mengalami obesiti kerana obesiti akan meningkatkan resistan badan terhadap insulin.


Kedua-dua kumpulan pesakit ini perlu mengawal penyakit mereka melalui pemakanan yang teratur supaya paras glukosa tidak terlalu rendah. Sesetengah pesakit diabetes perlu makan setiap 2 hingga 3 jam dan perlukan snek di antara dua hidangan utama. Jika hipoglisemia berlaku, glukosa masih diperlukan. Jika hipoglisemia berlaku sebelum makan, maka pesakit harus makan lebih awal sedikit dan mengambil karbohidrat yang mencukupi untuk mengelakkan daripada kejadian yang sama berlaku semula.


Semua pesakit diabetes harus membawa satu kad identiti yang menyatakan rawatan serta-merta yang harus dilakukan.


Diet dan Diabetes

Setiap pesakit diabetes perlukan rancangan diet yang disediakan oleh seorang pakar diet. Walaupun nasihat pakar diet agak sama untuk kebanyakan pesakit, setiap rancangan diet haruslah berbeza sedikit antara satu sama lain, bergantung kepada jenis diabetes dan faktor-faktor lain seperti berat badan dan betapa aktifnya pesakit itu. Selain daripada mengikut regimen nutrisi umum, corak pemakanan perlu mengambil kira masa dan jenis injeksi insulin serta sensitiviti pesakit terhadap insulin dan drug-drug lain.


Pengambilan makanan dikomersialkan khas untuk pesakit diabetik tidak digalakkan oleh Persatuan Diabetik Britain, yang merasakan fenomena ini membayangkan pesakit diabetis tidak dapat mengamalkan pemakanan normal. Kos makanan ini adalah tinggi (lebih kurang 4 kali ganda daripada makanan biasa) dan kandungan lemaknya juga agak tinggi. Selalunya produk yang rendah gula dan rendah lemak menjadi pilihan utama dalam diet pesakit diabetik.


Sehingga lewat 70-an, diabetis dinasihatkan untuk mengikuti diet yang tinggi kandungan lemak dan rendah kandungan karbohidratnya. Bagaimanapun, pengambilan makanan berlemak dihubung dengan penyakit yang dikaitkan dengan jantung. Keupayaan pemakanan karbohidrat untuk mengawal paras glukosa darah telah diiktiraf. Kini, saranan makanan untuk pesakit diabetes termasuklah makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, berfiber tinggi tetapi rendah gula dan lemak.


Tujuan utama diet ini adalah untuk menghentikan simptom serta-merta (selalunya melalui diet dan makanan dalam kes NIDDM) dan mengurangkan risiko hipoglisemia, yang banyak mempengaruhi pesakit IDDM. Diet ini dirancang untuk mencegah komplikasi yang berkait dengan diabetes, iaitu penyakit jantung, masalah mata dan kegagalan renal. Konsep pemakanan di antara pesakit dewasa dan pediatrik adalah sama tetapi pakar diet pediatrik perlu mengambil kira keperluan pertumbuhan fizikal kanak-kanak.


Wanita perlu sedar bahawa mereka mungkin mengalami diabetes gestasi semasa mengandung. Ia akan hilang 6 minggu selepas kelahiran, bagaimanapun masih ada 40% wanita mengalami NIDDM 20 tahun selanjutnya selepas melahirkan anak.


http://www.oocities.org/fchuey/diabetes.htm 



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015