17 March 2014

Carotomax Shaklee

Vitamin Untuk Masalah Rabun Dan Penglihatan Yang Kurang Jelas

Carotomax Shaklee membantu mereka yang mengalami masalah penglihatan seperti rabun ataupun silau dari menjadi bertambah teruk.Carotomax adalah sumber karotenoid yang terbaik dalam membekalkan vitamin A kepada badan kita.


Jika dahulu ibu kerap menyuruh kita memakan lobak kerana mengatakan ia bagus untuk mata dan kulit.Cuma kadangkala kita tidak suka mengambilnya kerana tidak suka makan sayur-sayuran.Sifat tersebut akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa.

Antara makanan yang bagus untuk penjagaan mata selain dari lobak merah adalah seperti Teh (katarak mata),Bawang Putih dan bawag merah (membekalkan antioksidan untuk kanta mata),Kacang Walnut(melindungi dari radang mata),Kacang soya (mengekalkan kelembapan mata), Telur (mencegah pertumbuhan katarak ),Bayam,Kobis,Tomato,Biji Bunga Matahari dan juga ikan Salmon yang mengandungi Omega 3.

Kelebihan Carotomax Shaklee

-Sumber vitamin A yang terbaik untuk kesihatan badan
-Meningkatkan sistem imunisasi bagi melindungi diri dari penyakit.
-Mempunyai antioksidan yang melindungi tekanan pada mata dan seterusnya menyebabkan penyakit katarak berlaku.
-Membantu mereka yang mengalami masalah rabun malam.
-Mengurangkan power rabun anda dari bertambah teruk.
-Kemusnahan sel akibat radikal bebas boleh dikurangkan.
-Membetulkan sistem organ tubuh agar berfungsi seperti biasa

Nutrisi Dalam Carotomax Shaklee

  • Alpha Carotene
  • Beta Carotene
  • Lycopone
  • Astaxanthin
  • Lutein
  • Zeaxanthin
Siapa yang memerlukan Carotomax Shaklee

Carotomax boleh diambil oleh lelaki dan perempuan kerana ia berasaskan sumber dari alam semulajadi.

Mereka yang tidak mengamalkan diet seimbang terutama yang tidak suka makan buah buahan dan sayur sayuran

Mereka yang mengalami masalah berkaitan mata seperti rabun dan silau

Mereka yag mempunyai masalah kulit seperti parut dan mempunyai kesan parut yang teruk.

Cara Pengambilan Carotomax Shaklee

Walaupun setiap botol mengandungi hanya 30 tablet sahaja,1 carotomax mampu membekalkan sehingga 15mg karotenoid kepada badan kita.Anda boleh mengambil 1 tablet setiap hari dan mencukupi untuk keperluan sebulan.Nilai 1 tablet adalah bersamaan dengan :
  • Beta Carotone yang bersamaan dengan 102 pisang
  • Lutein dan Zeaxanthin yang bersamaan dengan 285 limau gedang(pink grapefruit)
  • Lycopena yang bersamaan dengan 714 apricot
  • Alpha Carotene bersamaan dengan 89 rapsberry.
Jadi bagi yang kurang makan buah buahan atau sayur sayuran bolehlah mengambil carotomax bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan mata anda. 


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

11 March 2014

Kelebihan Garlic Sebagai Antibiotik

Petua orang tua-tua, bawang putih ni bagus untuk kesihatan yang mana antara kebaikkannya, bagi ibu yang berpantang selepas bersalin dapat membantu pengeluaran angin dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, juga untuk membanyakkan susu. Sungguh masa berpantang dulu kalau mak saya guna bawang putih 3 lawang besar bawang putih mak ulas-ulaskan campur dalam lauk yang mak masak. Memang susu badan banyak sangat masa tu^_^

Jadi apa keistimewaan Garlic Complex ni yang membuatkan para pengguna cepat tertawan?. Meh sini nak cerita..


Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
  • Berfungsi sebagai anti-oksidan
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma



Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee

1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu  Rosemary dan Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah Î³-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

**NOTA:
Nitrosamines yang digunakan dalam pembuatan sesetengah kosmetik, racun perosak, dan  dalam kebanyakan produk getah. Dalam industri makanan, nitrosamines dihasilkan dari nitrit dan amina sekunder, yang sering berlaku dalam bentuk protein. 

Pembentukan  nitrit dan amina sekunder hanya boleh berlaku di bawah keadaan tertentu, termasuk keadaan yang kuat berasid seperti perut manusia. Suhu yang tinggi, seperti dalam menggoreng, juga boleh meningkatkan pembentukan nitrosamines. 

Kehadiran nitrosamines boleh dikenal pasti oleh tindak balas Liebermann itu. [3]Di bawah keadaan berasid, nitrit membentuk asid nitrus (HNO2), yang berproton dan terpisah kepada kation nitrosonium N ≡ O + dan air: H2NO2 + = H2O + NO +. Kation nitrosonium kemudiannya bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamine. [4]

Proses-proses ini membawa kepada tahap nitrosamines dalam banyak jenis bahan makanan terutamanya bir, ikan, dan hasil sampingan ikan, dan juga dalam daging dan produk keju diawet dengan nitrit penjerukan garam. 


sumber:en.wikipedia.org


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

03 March 2014

Faedah Dan Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP)

Jom Nikmati Kebaikan ESP!

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia Blog Vitamin Ibu Aina.. Memandangkan bulan ni promosi ESP sedang berlangsung.. suka untuk saya berkongsi dengan anda semua mengenai kebaikan dan faedah Energizing Soy Protein (ESP). Ramai yang bertanya apa itu ESP? Apakah kebaikan ESP?



Untuk info, ESP adalah produk paling glamour dan hot product Shaklee. Ramai yang telah jatuh cinta pandang pertama apabila merasai ESP ni. Wah betul ke? Atau saya yang syok sendiri.. Hihihii.. 

Pertama kali ambil ESP dalam Set Menyusu. Memang sangat meriah susu masa tu.. Itu pun setelah dua bulan berpantang baru kenal ESP ni.. stok susu tak banyak masa saya mula kerja.. Setelah diperkenalkan oleh kawan sepejabat, saya cuba ESP ni.. dengan niat dari awal untuk menyusu Aina sepenuhnya.. dengan hasil pembacaan konsep Power Pumping.. kerap mengepam.. saya kuatkan semangat untuk dapatkan stok susu untuk Aina... Dan..hasilnya memang sangat mengujakan..

Apakah yang bagusnya ESP ni? Bagi mereka yang belum tahu, jemputlah baca entri ini sampai habis. Tak mengapa walaupun anda lambat utk mengetahui kebaikan ESP ni, orang putih kata better late than never. Betulkan?

Kenapa ramai jatuh cinta dengan ESP?

Pertama sekali, ESP adalah untuk semua. Tidak terhad pada ibu menyusu atau wanita yg ingin cantik sahaja. Remaja boleh ambil ESP, nenek, atuk malah orang lelaki juga boleh ambil ESP. One for ALL. Satu canister ESP boleh dirasai oleh semua isi rumah (kanak2 tidak digalakkan).

1 canister ESP = 850gmBoleh tahan 1-2 bulan penggunaan

Kenapa ESP penting?

ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein. Jadi, secara ringkasnya,

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA 

Dan disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan protein. Sebabnya makanan utama bagi sel ialah protein. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat. Nak tahu risiko kekurangan protein? 

Risiko kekurangan protein

  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
 
Apa faedah ESP?
Faedah ESP memang banyak. Antaranya: 

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


[credit: vitaminsemulajadi.com]

Jadi apa tunggu lagi?? Perkara yang baik tak elok kita tangguhkan. Jangan berlengah untuk merasai kebaikan ESP ini. Dapatkan ESP ini bukan untuk anda seorang sahaja tetapi untuk seisi keluarga!

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015