09 June 2015

Anda Nak Tahu Apa Khasiat Vita E dan Vita C???

Khasiat dan Kebaikan Vitamin E:

1. Melambatkan penuaan: Antioksidan yang tinggi dalam Vitamin E mampu melambatkan proses penuaan pada mereka yang mengamalkannya.

2. Membantu mengurangkan kesan regangan atau stretchmark akibat kehamilan dan kegemukan lalu.

3. Pencegahan penyakit katarak.

4. Mencegah penyakit jantung.

5. Melindungi struktur membran daripada rosak.

6. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah.

7. Membantu melancarkan peredaran darah.

8. Membantu memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.

9. Mengurangkan parut (boleh disapu pada tempat parut).

10. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

11. Meningkatkan pengeluaran air mani.

12. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot.

13. Menguatkan dinding kapilari.

14. Mengurangkan tekanan darah.

15. Membantu mengekalkan kecergasan dan meningkatkan prestasi atlit.

16. Kulit dan rambut menjadi sihat.

17. Mencegah anemia.

18. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

19. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer atau nyanyuk.

20. Membantu menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam.

21. Membantu kesuburan(termasuk dalam set kesuburan Shaklee) dan mengelakkan keguguran.

22. Merapatkan hubungan suami isteri @ Vitamin Cinta.

23. Membantu mencegah "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

24. Sangat membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

25. Mengandungi grape seed atau biji anggur yang juga penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. 

 

Kebaikan Sustained Release Vitamin C:

1. Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri.

2. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.

3. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

4. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.

5. Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

6. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

7. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

8. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

9. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

10. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

11. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

12. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

13. Merawat jangkitan saluran kencing.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

06 June 2015

Resepi :: Puding Triffle

Assalamualaikum kawan-kawan..

Salam Sabtu dan selamat bercuti hari ni.. cuti-cuti ni banyak sangat kerja yang nak buat kat rumah kann??.. tak pernah habis.. 

Hari ni saya nak share resepi  Puding Tiffle yang saya ambil dari kawan saya Maya Malina.. resepinya ringkas je.. tu yang saya nak sangat buat.. tengok dia post gambar kat FB lama dulu.. geram nengoknye.. hihihi.. sebenarnya bahan-bahan nak buat puding ni saya dah beli lama.. cuma hari ni baru sempat nak buat... sampaikan kek yang nak letak bawah kastard tu habis bersilih ganti anak-anak makan.. dugaan tu.. hahaha

 

Bahan-bahannya:

2 rolls kek Swiss Roll
1 cawan kastard
3 cawan air
1/2 cawan gula (boleh +-)
1 tin susu cair
Buah-buahan campuran
Crystal Jely Nona (sukatan ikut belakang kotak)

Cara-cara:

1. Potong kek, susun dalam bekas
2. Tapis buah-buahan (air tuang atas kek)
3. Masak dengan api perlahan susu, kastard, gula dan air.. kacau sampai pekat kemudian tuang ke atas kek
4. Susun buah-buahan campuran atas kastard tadi
5. Masak Crystal Jelly (ikut arahan pada kotak)
6. Tuang atas buah-buahan tadi

Biarkan sejuk.. Siap!!
 

Senang je kan??.. kalau korang follow resepi ni mesti boleh buat punya.. Tapi jangan terkejut pulak.. tengok gambar tu mesti tak logik, satu bancuhan dapat puding dua bekas besar tu?? tak logik ni.. jangan tertipu.. sebenarnya lebih dari dua bancuhan tu tau.. tiga bancuhan kalau tak silap.. 

Kisahnya begini.. first baca resepi memang senang gile nak buat.. standby henset kat tepi untuk senang baca resepi step by step.. sampai kat kastard tu.. entah macam mana boleh baca 3 cawan kastard.. adoiii.. dah tuang dalam periuk ni.. susu cair pon dah masukkan.. nak tak nak.. kena 'up' kan la susu cair, air, dan gula kepada 3x.. terpaksa masak dalam periuk besar.. huhuuh.. nasib baik buah-buahan campuran satu tin tu ada banyak.. kek memang pakai mana ada je la.. yang dalam gambar tu dua bekas je.. satu bekas lagi guna bekas aiskrim jek.. hahha.. yang tu sorok dulu.. jelly pon tuang cukup-cukup je utk tiga bekas.. nasib la.. 

Tapi kalau korang nak tau sedap ke tak.. korang kena try buat.. rasanya memang sedap tau.. walaupon masak tiga bancuhan sekaligus.. langsung tidak menggangu rasanya yang sedap tu.. haaaa.. memang sedap wehh..

Nota Kaki : Baca resepi betul-betul ye.. resepi yang senang pon boleh silap gak tau.. kikikii... adoi laaaa..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit] 

 

02 June 2015

Promosi GEMPAR Jun 2015 :: Vitamin Cantik


Vitamin C dan Vitamin E merupakan nutrisi yang cukup sinonim bagi mereka yang inginkan kulit cantik. Boleh di katakan hampir semua produk kecantikan yang berada di pasaran mengandungi kedua-dua vitamin ini. Jadi Shaklee menawarkan promosi hebat untuk kedua-dua produk ini.

Anda boleh dapat 7 botol vitamin C atau 7 botol vitamin E pada harga 6 botol sahaja setiap jenis. Pastinya ini sungguh menjimatkan bagi setiap pembelian produk Shaklee.

Hubungi saya untuk dapatkan harga jimat..!!

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015