02 October 2013

Cantik Dengan Collagen Powder Shaklee (CPS)



Apakah kandungan yang terdapat dalam Collagen Powder Shaklee (CPS)?
 
Kandungan utama CPS adalah dari sisik ikan merah, iaitu salah satu sumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. 
 
Ada 7 lagi kandungan tambahan iaitu:
  • Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata
  • Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. 
  • Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dan anjal.
  • Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaan semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.
  • Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila digabungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata 
  • Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas
  • Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.
Apa istimewanya Collagen Powder Shaklee? 
 
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal) 

Macam mana bentuk Collagen Powder Shaklee?
 
Ianya berbentuk serbuk yang mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran. 1 kotak mengandungi 15 sachet di mana setiap sachet mengandungi 15mg. 


Tahan berapa lama Collagen Powder Shaklee ni? 
 
Untuk kesan yang lebih optimum, disarankan ambil 1 sachet setiap hari. Jadi untuk satu kotak penggunaan selama 15 hari. Walaubagaimanapun, pengguna boleh juga ambil selang sehari (untuk 30 hari penggunaan).

Macam mana aturan makan Collagen Powder Shaklee?
 
Macam mana aturan makan collagen shaklee sangat mudah! Hanya campurkan 1 sachet collagen bersama sebarang minuman kegemaran. Diambil sebaiknya pada waktu malam kerana waktu malam adalah waktu pembinaan semula kulit. Jika sudah consume ESP atau mealshake, boleh dibancuh bersama ESP dan mealshake. Antara resepi yang boleh dicuba bersama collagen adalah: - jus twister tropicana + collagen - Milo/Serbuk Coklat Cadbury +collagen - any fruit juice + collagen. Tak kisah apa-apa minuman pun.. yang penting sedap..


Berapa harga Collagen Powder Shaklee? 
 
Shaklee Retail price RM298. Special price boleh contact saya. Jangan terkejut, kenapa ia mahal? Harga collagen berdasarkan sumber yang diperolehi untuk menghasilkan collagen. Pastinya kerana kualiti yang dijaga untuk penghasilan collagen ini. Sumber dari ikan laut dalam adalah sukar untuk diperolehi. Jadi harga setanding dengan kualiti.


Siapa sesuai ambil Collagen Powder Shaklee?
 
Siapa sesuai amik Collagen Powder Shaklee? Collagen sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah berikut: 
  • Terdapat garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, 
  • Kesan bengkak bawah mata, 
  • Penglihatan kabur. 
  • Gusi yang tidak sihat 
  • Rambut kering dan bercabang di hujung 
  • Liang roma besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering 
  • Garis halus pada leher 
  • Kulit hilang keanjalan, lebih kering. 
  • Kelihatan tua daripada umur sebenar. 
  • Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan. 
  • Payudara dan punggung kelenturan 
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi. 
  • Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan
Macam mana rasa Collagen Powder Shaklee
 
Collagen shaklee ada rasa macam ikan sedikit tapi rasa tu akan hilang jika dibancuh dengan minuman berperisa. Jadi jangan takut untuk mencuba. 


Boleh tak Collagen Powder Shaklee diambil bersama product lain?  
 
Boleh tiada masalah cuma jarakkan pengambilan selama 2-3 jam. 


Ibu menyusu boleh amik tak Collagen Powder Shaklee?

Ibu menyusu boleh amik tak collagen shaklee? Kebanyakan kandungan collagen powder shaklee adalah sesuai untuk ibu menyusu. Jika anda dan bayi anda boleh terima supplement alfalfa, bermakna collagen powder juga insyaaAllah tidak menjadi masalah. Malah ada yang beritahu setelah mengambil collagen, susu mencurah-curah. Jika tidak pernah menggunakan alfalfa, boleh juga menggunakan rules of 4 days. Iaitu cuba ambil collagen selama 4 hari berturut-turut, jika tiada kesan kepada bayi dan anda, bermakna anda boleh teruskan pengambilan. Tetapi satu yang pasti, kandungan collagen adalah semulajadi. Jangan takut untuk mencuba.

Credit

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

10 September 2013

Produk Terbaru Shaklee 2013 :: CoQ Health Plus

Shaklee telah melancarkan produk terbaru CoQ Health Plus onwards pada 8 Jun 2013. CoQ Health Plus ini mengandungi Coenzyme Q10, Vitamin E dan Exstrak Teh Hijau. Mungkin ada yang tak pernah dengar apa itu Coenzyme Q10, berbanding Vitamin E dan Teh Hijau - begitu juga saya. Jadi saya google dan ini di petik dari web http://altmedicine.about.com ... Jom kita sama-sama baca...
Coenzyme Q10 is a naturally-occuring compound found in every cell in the body. Coenzyme Q10's alternate name, ubiquinone, comes from the word ubiquitous, which means "found everywhere." 
CoQ10 plays a key role in producing energy in the mitochondria, the part of a cell responsible for the production of energy in the form of ATP.
CoQHealth Plus ini ialah supplemen yang mengandungi campuran proprietari bagi Co Enzim Q10 , Vitamin E serta ekstrak teh hijau. Setiap botol mengandungi 30 kapsul lembut CoQ Health Plus.

Bahan utama dalam supplemen ini ialah Co Enzim Q10 . Co Enzim Q10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada dalam semua sel. Ianya paling banyak pada organ yang melaksanakan tugasan berat seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Mungkin ramai masih tak tahu apa fungsi Co Enzim Q10 ni kan?

Di antara fungsi Co Enzim Q10 :
 
- menghasilkan tenaga dalam setiap sel tubuh terutamanya sel otot jantung
- bertindak sebagai antioksida ( melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins(LDL)
- membantu menggalakkan fungsi kesihatan bagi saluran darah termasuk yang darah ke jantung
 
Co Enzim Q10 boleh didapati melalui makanan kita seharian, seperti didalam daging lembu, ayam, brokoli, bunga kobis, kekacang, bayam dan soya. Namun akibat faktor usia kita yang semakin hari semakin tua, pengambilan supplemen Co Enzim Q10 amat disyorkan setara dengan kandungan Co Enzim Q10 dalam badan yang semakin merosot.

Antara salah satu kebaikkan Coenzyme Q10 (CoQ10) ini adalah menangani serangan jantung yang merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia. Pesakit didapati mempunyai rendah CoQ10 di dalam sel-sel otot jantung yang membawa kepada kegagalan jantung untuk berfungsi. 

Hasil kajian double-blind menunjukkan dengan mengamalkan CoQ10 dapat mengurangkan gejala-gejala masalah kegagalan jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 adalah penyelesaian untuk meningkatkan pengeluaran tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
 
Manfaat lain Co Enzim Q10 :
  • kesihatan kardiovaskular
  • menangani penuaan
  • menangani tekanan darah tinggi
  • menangani keletihan
  • kesihatan ginjal
  • migrain
  • kesihatan saraf & otak
  • terapi Statin
  • menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
  • kesuburan lelaki
  • kesihatan pergigian
Shaklee's Difference ??

Keistimewaan Supplemen CoQ Health Plus Shaklee ialah ianya :

>> mengandungi campuran Co Enzim Q10 , Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. Campuran ini meningkatkan lagi keberkesanannya dalam mengoksidakan kolesterol LDL.
>> ianya semulajadi dan tiada bahan sintetik.
 
Cara Pengambilan :

Diambil selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak. 




“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

 Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

02 September 2013

CoQHealth Shaklee : Vitamin untuk Pesakit Jantung



Penyakit jantung sememangnya sangat sinonim dengan kita sebagai rakyat Malaysia. Penyakit jantung boleh dianggap sebagai pembunuh utama di Malaysia. Masakan tidak, dengan statistik 60% rakyat Malaysia terdedah dengan risiko penyakit jantung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sudah cukup merisaukan kita. 
Di sini saya kongsikan beberapa risiko serta faktor penyakit jantung:
 
      1. Kolestrol Darah yang Tinggi

Bahan berlemak dalam salur darah yang bertindak menyempitkan salur darah



·     2.Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang tinggi menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat untuk mengepam darah. Hal ini memberikan risiko pecahnya saluran darah yang merosakkkan fungsi organ-organ seperti mata, otak dan jantung



·     3. Stress

Stress adalah tindakan hormon yang meningkatkan bebanan jantung serta tekanan darah



·     4. Kurang Senaman Serta Berat Berlebihan

Jantung memerlukan senaman untuk kekal sihat serta mengekalkan kemampuannya bekerja. Senaman yang kerap juga mampu membantu membakar kalori serta mengurangkan kolestrol dalam darah



·     5. Merokok

Merokok mampu merosakkan bukan sahaja paru-paru, malah saluran darah kerana tar serta nikotin rokok turut diangkut melalui saluran darah. Risiko merokok selain penyakit jantung termasuklah kanser paru-paru serta strok.



Coenzyme Q10 sebagai Kunci kepada Keupayaan Jantung

Otot jantung merupakan sel paling unik dalam badan manusia atas kemampuannya untuk menghasilkan tenaga. Tenaga inilah yang diperlukan oleh jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan manusia bagi membekalkan seluruh tubuh dengan oksigen, nutrient, hormon serta mineral yang diperlukan oleh badan. Atas sebab inilah keupayaan jantung untuk bekerja harus dikekalkan dan ketidakupayaan jantung mendedahkan kita kepada penyakit-penyakit jantung.

Coenzyme Q10 telah dijumpai oleh Fred Crane pada tahun 1957. Sejak itu, kajian demi kajian telah membuktikan keupayaan molekul ajaib ini dalam meningkatkan keupayaan jantung. Jantung memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dan kehadiran Coenzyme Q10 sangat membantu jantung untuk menghasilkan tenaga.



Coenzyme Q10 Sebagai Jawapan Kepada Penyakit Jantung

Menurut Peter H. Langsjoen dalam artikelnya bertajuk ‘Alleviating Congestive Heart Failure With Coenzyme Q10’ dalam majalah Life Extension Magazine, kajian sepanjang tahun 1960an dan 1970an menunjukkan individu yang mengalami kegagalan fungsi jantung mempunyai paras Coenzyme Q10 yang sangat rendah. Kegagalan fungsi jantung adalah disebabkan oleh sel otot jantung yang lemah serta tidak mampu menghasilkan tenaga untuk mengepam darah. 

Pada tahun 1980, satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan oleh Karl Folkers, Gian Paolo Littarru, Denton Cooley dan Per H. Langsjoen di mana 126 individu yang mempunyai ketidakupayaan jantung diuji dengan Coenzyme Q10 dan berikut saya kongsikan keputusan kajian tersebut.



·        Pengurangan sakit dada daripada 64% kepada 6%

·        Penurunan kadar keletihan daripada 84% kepada 16%

·        Penurunan kadar sesak nafas daripada 58% kepada 12%

·        Pengurangan kehilangan memori daripada 8% kepada 4%


Daripada keputusan kajian tersebut, jelaslah kepentingan Coenzyme Q10 dalam mengekalkan serta meningkatkan fungsi jantung.




Buatlah pilihan yang bijak dengan mengamalkan suplemen terbaik di samping mengawal pemakanan bagi mengurangkan risiko terkena penyakit jantung yang merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015