20 August 2013

3 Cara Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Menyihatkan Sendi Anda

Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced joint Helath Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Bagaimana AJHT Berkesan?

 1. Menyokong Keselesaan Sendi

 Ekstrak Boswellia

> Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan

Boswellia Serrata
 
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA - asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA ni akan menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

2. Bertindak Sebagai Kusyen

Ekstrak Jagung

> Membantu mengekalkan tulang rawan
Jagung
 
Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicinkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. 

Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3. Memelihara Tisu Penyambung yang Sihat

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C

> Nutrien penting dalam kesihatan sendi

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Keistimewaan Shaklee

Sentiasa Berkesan

  • Ekstrak proprietari Boswellia yang digunakan dalam Shaklee AJHT bukan sahaja mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat bagi menyokong keselesaan sendi, tetapi juga mengandungi bahan semulajadi lain daripada resin Boswellia yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja.
  • 100% bebas kondroitin bagi penyerapan ektrak jagung yang lebih baik. (Penyelidikan terbaru menunjukkan sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina).

Sentiasa Selamat

  • 100% berasaskan sayur-sayuran
  • Tablet yang mudah ditelan
  • Bebas gluten
Tersangatlah rugi sekiranya anda memilih yang lain, sedangkan anda telah mengetahui Shaklee menawarkan suplemen terbaik.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015