Air merupakan asas kepada kehidupan manusia. Manusia yang tak makan 2-3
hari masih boleh bertahan..tapi macamana kalau 2-3 hari tanpa air?
Jadi, kat sini, saya listkan 9 sebab utama kenapa kita perlu minum air:
1. Penurunan berat badan
- bagi sesiapa yang ingin berdiet, anda
digalakkan 'berkawan baik' dengan air kosong sebabnya air ni merupakan
alat terbaik bagi proses penurunan berat badan. Jika tiba-tiba anda
berasa lapar (ketika bukan waktu makan anda lagi), ia sebenarnya bukan
lapar, tetapi tubuh anda memerlukan air. Jadi, fungsi air kat sini untuk
memintas selera makan anda. Bila lapar je, terus cari makan...macamana
anda nak berdiet? Air kosong ni tak ada lemak, tak ada kalori, tak ada
karbo dan tak ada gula. Minum air kosong sebenarnya amat membantu rejim
penurunan berat anda.
2. Kesihatan jantung
- apabila anda minum air pada kadar yang cukup, anda sebenarnya dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. A
six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of
Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a
day were 41% less likely to die from a heart attack during the study
period than those who drank less than two glasses.
3. Tenaga
- Apabila kita berasa dahaga, itu bermakna badan kita
sudah dehydrate. Dehydrate ini akan menarik tenaga dan membuatkan kita
berasa letih. Oleh itu, penting untuk kita sentiasa minum air bagi
mengelakkan badan kita dehydrate yang boleh menyebabkan kelesuan, lemah
otot, pening kepala dan lain-lain simptom.
4. Pengubat sakit kepala
- Sakit kepala merupakan salah satu gejala tanda badan kita kekurangan air.
5. Kesihatan kulit
- Minum air terbukti boleh melembapkan kulit
dan mengelakkan kulit kering. Air juga berfungsi untuk membersihkan
kulit dan membuatkan kulit lebih berseri.
6. Masalah penghadaman
- Sistem penghadaman kita memerlukan air
yang cukup untuk mencernakan makanan yang kita makan. Air sangat-sangat
membantu dalam menangani masalah perut berasid dan sembelit (air bersama
fiber)
7. Ejen pembersihan
- Air berfungsi untuk mengeluarkan toksin dari badan kita.
8. Risiko kanser
- minum sejumlah air kosong yang bersih boleh
mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%. Minum air kosong yang
cukup juga boleh mengurangkan risiko pundi kencing sebanyak 50% dan juga
berpontensi mengurangkan kanser payudara.
9. Senaman yang lebih baik
- Kalau badan kita kekurangan air, ia
akan melambatkan dan merencatkan aktiviti senaman kita.Bersenam ni
memerlukan air tambahan, jadi adalah penting untuk memastikan air
diambil dengan mencukupi sebelum dan selepas bersenam.
~ Sharing is Caring~
“Berkongsi Kebaikan Untuk
Kesihatan Yang Lebih Baik”
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
1 comment:
ibuaina.ni.byk.article.pasal.kesihatan..thanks.for.the.info.sbb.sy.dlm.golongan.org.yg.kurang.minum.air.masak...
Post a Comment