Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?
Pernah tak vitamin yang anda makan telah tamat tempoh?.. Maklum la.. kejap makan.. kejap tak makan.. kadang ambil vitamin waktu pagi.. tapi petang lupa pulak nak makan.. sebelum tidur sepatutnya kena telan gak satu atau dua jenis vitamin.. dah baring atas katil, malas pulak nak bangun.. hehehe macam-macam kerenah sebenarnya.. sebab tu vitamin lambat habis ye tak?..haa..kat sini saya nak kongsi dengan anda semua sama ada vitamin yang dah tamat tempoh masih selamat atau tidak sekiranya kita makan.
Jawapannya cukup mudah!
SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum daripada penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, saya tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akan kehilangan keberkesanannya.
Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli baru.
Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.
Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.
Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari dua tahun melainkan makanan tambahan yang berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dari awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lagi kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.
credit: Beautiful&Charming
So..jangan skip makan vitamin ye..hehhe kalau kita amalkan hari-hari.. insyaAllah kita tak lupa..
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]