09 October 2014

Kenapa Kita Perlu Minum AIR?

Air merupakan asas kepada kehidupan manusia. Manusia yang tak makan 2-3 hari masih boleh bertahan..tapi macamana kalau 2-3 hari tanpa air?
 
Jadi, kat sini, saya listkan 9 sebab utama kenapa kita perlu minum air:


1. Penurunan berat badan 

- bagi sesiapa yang ingin berdiet, anda digalakkan 'berkawan baik' dengan air kosong sebabnya air ni merupakan alat terbaik bagi proses penurunan berat badan. Jika tiba-tiba anda berasa lapar (ketika bukan waktu makan anda lagi), ia sebenarnya bukan lapar, tetapi tubuh anda memerlukan air. Jadi, fungsi air kat sini untuk memintas selera makan anda. Bila lapar je, terus cari makan...macamana anda nak berdiet? Air kosong ni tak ada lemak, tak ada kalori, tak ada karbo dan tak ada gula. Minum air kosong sebenarnya amat membantu rejim penurunan berat anda.

2. Kesihatan jantung 

- apabila anda minum air pada kadar yang cukup, anda sebenarnya dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.

3. Tenaga 

- Apabila kita berasa dahaga, itu bermakna badan kita sudah dehydrate. Dehydrate ini akan menarik tenaga dan membuatkan kita berasa letih. Oleh itu, penting untuk kita sentiasa minum air bagi mengelakkan badan kita dehydrate yang boleh menyebabkan kelesuan, lemah otot, pening kepala dan lain-lain simptom.

4. Pengubat sakit kepala 

- Sakit kepala merupakan salah satu gejala tanda badan kita kekurangan air.

5. Kesihatan kulit 

- Minum air terbukti boleh melembapkan kulit dan mengelakkan kulit kering. Air juga berfungsi untuk membersihkan kulit dan membuatkan kulit lebih berseri.

6. Masalah penghadaman 

- Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk mencernakan makanan yang kita makan. Air sangat-sangat membantu dalam menangani masalah perut berasid dan sembelit (air bersama fiber)

7. Ejen pembersihan  

- Air berfungsi untuk mengeluarkan toksin dari badan kita.

8. Risiko kanser 

- minum sejumlah air kosong yang bersih boleh mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%. Minum air kosong yang cukup juga boleh mengurangkan risiko pundi kencing sebanyak 50% dan juga berpontensi mengurangkan kanser payudara.

9. Senaman yang lebih baik 

- Kalau badan kita kekurangan air, ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti senaman kita.Bersenam ni memerlukan air tambahan, jadi adalah penting untuk memastikan air diambil dengan mencukupi sebelum dan selepas bersenam. 

~ Sharing is Caring~

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Fadhilat Ya Hayyu Ya Qayyum

Bismillahirrahmanirranim..

Assalamualaikum semua? Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan dilindungi oleh-Nya selalu.. Terima kasih kerana masih setia melawat blog 'Vitamin Ibu Aina' ni. Lama betul tak update blog sejak bersalin dan habis pantang ni. Rindu gak rasanya.. Hari ni saya nak kongsi mengenai 'Fadhilat Ya Hayyu Ya Qayyum'.. marilah kita bersama-sama mengamalkannya.. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. Amin



Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum, ia akan membantu anda dalam banyak perkara. Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali setiap hari selepas solat isyak, khasiatnya seperti berikut:

  • Orang akan mematuhi kata-kata anda dan mengikut perbuatan anda
  • Anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan
  • Anda akan menjadi orang yang riang dan dapat mempengaruhi orang dengan keriangan anda. Ini tentu dapat membantu orang lain melupakan kesedihan mereka.
  • Perlindungan dari bencana-bencana seperti gempa bumi, banjir, kemalangan, terkandas ketika pelayaran di laut, Isteri terkandas, Anak-anak tidak menurut kata, ataupun masalah perniagaan atau kewangan dan sebagainya.
  • Di hindari dari ditipu, diperguna dan dielakkan dari musuh.
  • Di sukai orang
Sebaik-baiknya bacalah doa berikut selepas selesai berzikir Ya Hayyu Ya Qayyum 1000 kali

Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku.
 
Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, Ya Hayyu bersaksi semua yang hidup, Engkaulah yang memberi nyawa dan memberi kehidupan kepada yang hidup.
 
Yang Hidup dan Yang Mematikan yang hidup. Yang Hidup, tidak ada sekutu bagi-Mu. Allah yang Maha Hidup, aku meminta dengan Hayat-Mu bersaksikan semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang memberi nyawa kepada semua yang hidup dan dengan Hayat-Mu yang mematikan semua yang hidup.
 
Ya Hayyu Ya Qayyum, Yang Maha Memiliki Keagungan, selesaikanlah segala masalahku, kabulkan permintaanku, berilah cahaya kepada jiwaku, cukupkanlah segala kekuranganku. Yang Maha mengetahui keadaanku dan tidak pernah kekurangan dari apa yang kupohon, tiada kuasa melainkan Engkau.
 
Ya Hayyu Ya Qayyum, perkenankanlah permintaanku dan hajatku dengan segera, kabulkanlah doaku. Permudahkanlah rezekiku, dan permudahkanlah segala urusanku dengan hamba-hamba-Mu. Berilah daku rezeki yang banyak dan berkekalan, lanjutkanlah usiaku agar daku dapat beribadat kepada-Mu. Sudahilah hayatku dengan iman yang sempurna dan Husnul Khatimah.
 
Daku telah menyeru-Mu dengan nama-nama-Mu yang terdahulu. Berilah kejayaan kepada mereka yang inginkan kejayaan, dan berilah kemusnahan kepada mereka yang berbuat kerosakan.
 
* baca Ya Hayyu Ya Qayyum (11 kali) *
 
Kabulkanlah permintaanku, lepaskan kami dari kebimbangan sebagaimana Engkau membebaskan orang-orang mukmin.
 
 
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabatnya dan perlindungan kepada mereka semua. Segala puji bagi Allah Pencipta Alam Semesta.
 


Sumber: Zikir Asmaul Husna,
_________________________________________________

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. 

Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.

Credit : Fai CeritaCinta


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

27 June 2014

Produk baru Shaklee 2014 :: Phytocol-ST



Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.

Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 
 
Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 
Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari.

Keistimewaan Phytocol Shaklee

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan

Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.



Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolesterol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolesterol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolesterol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.


Credit


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015