06 June 2015

Resepi :: Puding Triffle

Assalamualaikum kawan-kawan..

Salam Sabtu dan selamat bercuti hari ni.. cuti-cuti ni banyak sangat kerja yang nak buat kat rumah kann??.. tak pernah habis.. 

Hari ni saya nak share resepi  Puding Tiffle yang saya ambil dari kawan saya Maya Malina.. resepinya ringkas je.. tu yang saya nak sangat buat.. tengok dia post gambar kat FB lama dulu.. geram nengoknye.. hihihi.. sebenarnya bahan-bahan nak buat puding ni saya dah beli lama.. cuma hari ni baru sempat nak buat... sampaikan kek yang nak letak bawah kastard tu habis bersilih ganti anak-anak makan.. dugaan tu.. hahaha

 

Bahan-bahannya:

2 rolls kek Swiss Roll
1 cawan kastard
3 cawan air
1/2 cawan gula (boleh +-)
1 tin susu cair
Buah-buahan campuran
Crystal Jely Nona (sukatan ikut belakang kotak)

Cara-cara:

1. Potong kek, susun dalam bekas
2. Tapis buah-buahan (air tuang atas kek)
3. Masak dengan api perlahan susu, kastard, gula dan air.. kacau sampai pekat kemudian tuang ke atas kek
4. Susun buah-buahan campuran atas kastard tadi
5. Masak Crystal Jelly (ikut arahan pada kotak)
6. Tuang atas buah-buahan tadi

Biarkan sejuk.. Siap!!
 

Senang je kan??.. kalau korang follow resepi ni mesti boleh buat punya.. Tapi jangan terkejut pulak.. tengok gambar tu mesti tak logik, satu bancuhan dapat puding dua bekas besar tu?? tak logik ni.. jangan tertipu.. sebenarnya lebih dari dua bancuhan tu tau.. tiga bancuhan kalau tak silap.. 

Kisahnya begini.. first baca resepi memang senang gile nak buat.. standby henset kat tepi untuk senang baca resepi step by step.. sampai kat kastard tu.. entah macam mana boleh baca 3 cawan kastard.. adoiii.. dah tuang dalam periuk ni.. susu cair pon dah masukkan.. nak tak nak.. kena 'up' kan la susu cair, air, dan gula kepada 3x.. terpaksa masak dalam periuk besar.. huhuuh.. nasib baik buah-buahan campuran satu tin tu ada banyak.. kek memang pakai mana ada je la.. yang dalam gambar tu dua bekas je.. satu bekas lagi guna bekas aiskrim jek.. hahha.. yang tu sorok dulu.. jelly pon tuang cukup-cukup je utk tiga bekas.. nasib la.. 

Tapi kalau korang nak tau sedap ke tak.. korang kena try buat.. rasanya memang sedap tau.. walaupon masak tiga bancuhan sekaligus.. langsung tidak menggangu rasanya yang sedap tu.. haaaa.. memang sedap wehh..

Nota Kaki : Baca resepi betul-betul ye.. resepi yang senang pon boleh silap gak tau.. kikikii... adoi laaaa..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit] 

 

02 June 2015

Promosi GEMPAR Jun 2015 :: Vitamin Cantik


Vitamin C dan Vitamin E merupakan nutrisi yang cukup sinonim bagi mereka yang inginkan kulit cantik. Boleh di katakan hampir semua produk kecantikan yang berada di pasaran mengandungi kedua-dua vitamin ini. Jadi Shaklee menawarkan promosi hebat untuk kedua-dua produk ini.

Anda boleh dapat 7 botol vitamin C atau 7 botol vitamin E pada harga 6 botol sahaja setiap jenis. Pastinya ini sungguh menjimatkan bagi setiap pembelian produk Shaklee.

Hubungi saya untuk dapatkan harga jimat..!!

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

30 May 2015

Sunnah Dalam Solat

Jika sakit kepala tu di bahagian depan, ubatnya adalah tidur.

Kalau di atas kepala, ubatnya makan atau minum (air kosong).
 
Dan kalau sakit kepala tu di bahagian belakang kepala, itu tandanya kita stress dan kena release stress tu baru kepala akan ok, inshaAllah.

Ini tips rawatan untuk meningkatkan power of our eyes. Ni penting untuk orang yang matanya lemah. Otot mata menderita dari sehari ke sehari, sebab hari-hari berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yang function dulu. So, makin hari mata akan kurang power & penglihatan akan kabur atau kurang jelas.

Untuk maintain kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dalam solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga. Ini kerana, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita untuk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sebab jarak antara penglihatan kita dan tempat sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik. 

Solat dengan cara yang betul akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali (solat fardhu) atau lebih kalau kita nak (solat sunat). 

Nabi Muhammad SAW selalu pesan untuk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa. Dan sekarang, bukti dari kajian saintis ada kebenarannya. Memang sangat bagus untuk meningkatkan penglihatan mata kita.

Subhanallah untuk hikmah di sebalik membuka mata time sujud ni. Benda ini selayaknya dibaca dan dikongsi kepada orang lain. Share dan jangan berhenti dari meraih ganjaran dari Allah SWT. Tidor skjap sblum solat zohor..ni fadzilat nya.

Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل 
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis

Syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-sama lah kita qailullah@nap sekejap sblm zohor.

Apakah itu Hailulah , Qoilulah dan A'ilulah?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (orang yang  tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam). 

3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Semoga bermanfaat untuk semua.. Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga yang kadang-kadang terlupa.. So.. jangan tidur lepas Subuh dan lepas Asar ye..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

28 May 2015

"Ana Nak Kek.. Kek Ana Ane?"

Alhamdulillah.. hari ni 28/05/2015 (Khamis) genap umur Nur Aina binti Suhaimuddin 3 tahun. 

'IBU doakan semoga anak IBU Kak Cik (Nur Aina) dipanjangkan usia, dimewahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah.'



Semalam Aina main henset ibu.. jumpa pulak dia gambar kek.. terus tanya "Ana nak kek.. kek Ana ane?" hihihi.. ibu senyum je la sebab nak buat surprise kat dia petang esok.. lepas ambil dia kat rumah opah dan ambil abang dengan kakak kat sekolah.. makan ringkas-ringkas je sambil jamu kawan-kawan abang dengan kakak dia kat rumah.. 


Tadaaaaa..!!! ibu request kek cheese lagi.. hihihi macam biasa, oder dengan Cikgu Lia la.. tema Frozen la kononnye... tu pon cadangan Cikgu Lia.. sedap keknya.. sama macam dulu.. Terima kasih Cikgu Lia.. 


Tak banyak gambar yang dapat snap.. sibuk melayan anak-anak dan kawan-kawannya nak makan.. Kalau perhati betul-betul kek tu tiba-tiba ada nama kakak dan adik Aimy pulak.. hahha.. kira pakej sekali la sebab birthday diorang bulan Jun nak dekat puasa nanti.. Apa pon, ibu seronok tengok diorang makan.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015