02 September 2015

Tiub Fallopio Tersumbat :: Punca Ketidaksuburan?

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share mengenai dilema wanita berkaitan masalah tiub fallopio tersumbat. Memandangkan ada yang bertanya, saya carikan maklumat dan kongsikan sedikit maklumat berkaitan dalam Blog IbuAina ini. Semoga info ini bermanfaat buat anda semua.

Tiub Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio terdiri daripada dua tiub nipis, ia membantu membawa telur yang matang daripada ovari ke rahim.

Apabila terdapat penghalang telur daripada perjalanan tiub fallopio, wanita itu sebenarnya mempunyia tiub fallopio tersumbat. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah bahagian. Ini juga dikenali sebagai faktor kemandulan tiub, dan merupakan 40% punca kemandulan wanita.
Tiub Fallopio Tersumbat
Bagaimana masalah tiub fallopio tersumbat menjadi PUNCA KETIDAKSUBURAN?


Setiap bulan, apabila ovulasi berlaku, telur akan dikeluarkan dari salah satu ovari. Telur bergerak dari ovari melalui tiub, dan telur menuju ke rahim. Sperma juga perlu berenang dari pangkal rahim dan akan melalui tiub fallopio untuk mendapatkan telur. Persenyawaan biasanya berlaku semasa telur bergerak melalui tiub.

Jika satu atau kedua-dua tiub fallopio tersumbat, telur tidak dapat tiba ke pangkal rahim dan sperma tidak boleh sampai ke telur. Ini menyebabkan penghalang persenyawaan dan kehamilan.

Bolehkan anda hamil dengan tiub fallopio tersumbat?

Jika hanya salah satu tiub fallopio tersumbat, ia mempunyai harapan yang cerah untuk hamil. Namun ia juga bergantung sejauh mana ovari berfungsi, dan juga apa yang menyebabkan tiub tersebut tersumbat.

Apakah rawatan tiub tersumbat?

Jika anda mempunyai satu tiub terbuka dan sihat. Doktor anda mungkin akan memberikan anda ubat kesuburan untuk meningkatkan peluang ovulating kerana terdapat tiub yang berfungsi.

Dalam beberapa kes, pembedahan laporoskopi boleh membuka tiub tersumbat atau membuang tisu parut oada bahagian yang bermasalah. Malangnya, rawatan ini tidak selalu berjaya. Peluang kejayaan bergantung kepada bagaimana teruknya, di mana ia tersumbat dan penyebab tersumbat.

Jika ianya hanya nipis di antara tiub dan ovari, maka peluang anda untuk hamil selepas pembedahan adalah yang tinggi. Jika anda mempunyai tiub tersumbat yang sihat, anda mempunyai 20% kepada 40% peluang untuk hamil.

Cadangan suplemen Shaklee:


GLA Complex : membantu meningkat kesuburan wanita.

B-complex : memberi ketenangan dan tenaga kepada saraf.

Alfalfa complex : mengurangkan keputihan yang menghalang telur dan sperma daripada bersatu.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”


Maheran Mat Jusoh

SID : 852745

Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

01 September 2015

Promosi Menarik September 2015


Apa khabar semua?.. Ogos 2015 sudah pun melabuhkan tirainya.. September pula muncul dengan harapan membawa rezeki yang melimpah buat kita semua.. InsyaAllah.. Saya pasti anda semua tertunggu-tunggu PROMOSI yang ditawarkan oleh Shaklee pada bulan September 2015 ni kan??

Kalau anda nak tahu Promosi bulan ini ialah ESP. Apa yang menariknya dengan Promo ESP ni? 

1.  Anda boleh mendaftar ahli secara PERCUMA dengan PEMBELIAN 6 canister ESP

2.  1 canister ESP PERCUMA

3.  CASH BACK dari SHAKLEE kepada ahli shaklee yang akan dibayar terus ke akaun bank pada bulan hadapan.

4.   Selain itu anda juga berPELUANG UNTUK JANA INCOME 3,4, 5 ANGKA Apabila anda menjadi ahli shaklee,  anda berpeluang untk mengembangkan bisnes shaklee dan berpeluang untuk menjana income dari 2, 3, 4 malah 5 angka pun boleh. 

5. Selain itu anda juga akan mendapat kebaikan dari Kelebihan Shaklee ESP
  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster 
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

24 July 2015

Kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat

Motivasi yang sangat hebat..Masya Allah..

Bacalah walau sesibuk mana.. cukup menginsafkan..

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid..

Saya jumpa lelaki tua ini.. 
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.. Baca al Quran.. 
Umur dalam 70an.. Duduk rumah dekat masjid.. 
Rumah agam besar dan menarik.. Hartanya di sana sini.. 
Ada bangunan komersil tengah bandar, bernilai dalam RM35 juta.. 
Pendapatan pasif kutip sewa dalam RM70k sebulan... 
Belanja RM20k dan baki RM50k, dia sedekah & infaq.. 
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.. 
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. Katanya malu.. 
Saya minta 1 formula, dia berikan 10... 
Saya catat dan mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..

Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa dan jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..

Ia datang dan berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dengan sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yang kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. 
Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk.. 

Berserah pada Allah dan bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..

Usaha pagi ptg siang dan malam..
Usaha lah bersungguh-sungguh..
Usaha bermula dengan berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dapat, usaha yang lain pula..
Adakan masa untuk baca Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..

"Org yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dengan memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran"..

Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendapat ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang-kadang sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..

Banyak kan berjalan kaki..
Banyakkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan.. 


6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..

Ikat perut dan usah membazir..
Makanan dan minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja orang makan dan minum..
Apabila makan di kedai yang kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai orang susah..
Belanja mereka makan dan minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jalan... 

Apabila dalam perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat-rapat..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara Maghrib dan isyak untnk tuntut ilmu agama..
Boleh dengar orang mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira-kira untung dan rugi..
Siapkan bahan untuk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa orang.. 

Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yang penting, sampaikan dengan tangan sendiri..

9. Balik malam, usah cakap penat, usah cakap letih..

Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita untuk maafkan semua orang..

10. Niat kan mahu kaya..

Niat kan mahu bantu ramai orang..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, macam tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul-betul..
Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dalam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah, yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik” 

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
  
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015