13 April 2015

Atasi Masalah Keputihan Semasa Hamil

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni selamat COD Garlic Complex untuk customer yang tak lama lagi bakal menjadi ibu.. InsyaAllah.. Saya doakan semoga dengan pengambilan Garlic Complex ini dapat membantu mengatasi masalah keputihan yang beliau alami semasa hamil.



Bagaimana kita hendak membezakan sama ada lendir yang keluar dari faraj wanita hamil itu adalah lelehan keputihan atau pun air ketuban yang telah pecah? Lebih-lebih lagi jika berada dalam trimester akhir kehamilan?

So hari ni saya nak share dengan anda semua mengenai keputihan yang dialami oleh ibu-ibu semasa hamil.



Kenali Perbezaan Keputihan Atau Air Ketuban

Masalah yang sering menghantui ibu yang mengandung adalah masalah keputihan. Bezanya masalah keputihan atau lelehan pada faraj adalah lebih banyak berbanding dengan wanita yang tak mengandung. Petanda yang menunjukkan lelehan tersebut adalah sihat ialah warna putih seperti susu dan sedikit cair. 

Namun, jika anda mengalami simptom seperti lelehan pekat seperti krim berwarna putih, berasa gatal dan merah sekeliling faraj atau bahagian punggung, berasa sakit dan tak selesa apabila berhubungan seks dengan suami serta rasa sakit ketika membuang air kecil, itu adalah petanda anda mengalami jangkitan. Perlu diingat, lelehan faraj yang mengalir keluar mungkin disebabkan oleh lendir keputihan atau pun mungkin air ketuban kita telah pun pecah!

Masalah Keputihan Semasa Hamil

Lazimnya, wanita mengandung akan selalu diserang keputihan. Pencetus utama jangkita ini adalah kerana perubahan hormon yang dihadapi oleh wanita hamil itu sendiri. Perubahan hormon ini akan menyebabkan kawasan sekitar faraj yang menjadi lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang terjadi adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj dain ini merangsang pertumbuhan bakteria mahu pun kulat. Justeru, impak daripada jangkitan ini akan menyebabkan pengeluaran cairan putih dan berbau

Perlu diingat, keputihan pada faraj ini berkemungkinan adalah jangkitan kulat dan boleh menyebabkan kegatalan. Jangkitan bakteria ini juga berisiko menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Menggunakan krim untuk disapukan pada faraj juga berisiko menyebabkan jangkitan fungal ini menjadi bertambah kronik. Secara logiknya, kita seolah-olah membersihkan bakteria tetapi hakikat sebenar adalah kuman semakin membiak dan merebak.

Atasi Keputihan Dengan Garlic Complex Shaklee


Bagi wanita hamil, bawang putih boleh membantu melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol. Bawang putih juga berpotensi mengurangkan keletihan semasa mengandung. Selain itu, kajian daripada Universiti Maryland Medical Center, menunjukkan bawang putih ini berupaya memusnahkan bakteria berbahaya, kulat dan virus. 

Menurut kajian dari University of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

Kesimpulannya, jangan ambil mudah dengan masalah keputihan ketika mengandung. Anda pasti mahu yang terbaik dan si manja juga dapat melihat dunia dalam keadaan sihat dan sempurna.


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com
 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

12 April 2015

Wajah Baru Blog Ibuaina

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia dan sudi singgah ke Blog Ibuaina. Untuk pengetahuan anda.. pada hari ini usia blog saya hampir berusia dua tahun lima bulan. Dalam tak sedar, sekejap je masa berlalu.. dari belajar sikit-sikit buat blog.. sehinggalah sekarang ia terhasil. Subhanallah..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. pada hari ini, dengan rasminya saya memperkenalkan Blog Ibuaina yang telah bertukar wajah baru.. bersempena menyambut ulangtahun kelahiran saya yang ke 36 tahun.. hihihii.. ala-ala perasmian gitu.. Syukur Alhamdulillah..

Doa saya.. semoga saya lebih bersemangat dan lebih berusaha untuk berkongsi lebih banyak info dengan anda semua. Semoga info dan ilmu yang saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan untuk anda semua.

 
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sue Haida yang telah banyak membantu menjayakan wajah baru blog saya ni.. nak ambil mood baru untuk menulis entri selepas ini.. happy reading ye kawan-kawan..

Psstt.. Sempena Hari Lahir saya ni, saya ada sediakan hadiah istimewa kepada anda khas untuk orang yang pertama singgah Blog Ibuaina pada hari ini.. sila komen entri ni dan PM saya untuk tebus hadiah anda.. jangan lepaskan peluang ye..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

11 April 2015

3 Cara Turunkan Berat Badan Dengan Shaklee


Pertama : Bakar/Pecah Lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.
 
Kedua : Buang/Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

Ketiga: Membina Otot dengan Protein

Protein sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protin dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protin? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protin ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu,

Untuk protein terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)



“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

10 April 2015

Amalan Terbaik Dalam Hidup... Bahagian 4

31.     Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama  tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW  

32.       Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa  itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh 

33.     Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan mem baca selawat sebanyak 70 kali sehari   

34.       Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat  yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35.       Nabi seorang yang berpsikologi dalam mem beri nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari  

36.       Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat,  insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37.       Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud  
 
38.    Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39.     Sabda  Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100kali pada hari jumaat,  maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan  bercahaya - Abu Naim  

40.       Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

Bersambung... Bahagian 5 


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik” 

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015