Bagaimana harus saya bersedia untuk menyusui bayi saya?
Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Bincang dengan ibu menyusu yang lain, baca buku untuk biasakan diri dan hubungi organisasi sokongan penyusuan tempatan. Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi penyediaan menyusu badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) dalam masa beberapa bulan di penghujung kehamilan anda. Semakin banyak yang anda tahu tentang selok-belok dan faedah susu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.
Sama ada anda memikirkannya atau tidak, badan mengandung anda sedang menyediakan dirinya untuk penyusuan badan. Itu adalah salah satu sebab mengapa payudara anda menjadi begitu besar semasa hamil -- duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Tetapi saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusu dengan berjaya -- walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri.
Adakah saya perlu menjadikan puting saya liat terlebih dahulu?
Perubahan
hormon kepada payudara akibat kehamilan adalah persediaan yang cukup untuk
kebanyakan wanita. Anda tidak memerlukan krim untuk melembutkan kulit anda
terlebih dahulu ataupun memerah kolostrum. Khususnya, jangan gosok atau sental
puting anda - ini hanya akan mencederakan anda dan menyukarkan penyusuan badan.
Persediaan yang terbaik adalah mendapat sokongan suami serta keluarga anda dalam keputusan anda untuk menyusu, supaya anda dan bayi anda mendapat permulaan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa anda akan menyusu lebih lama jika suami anda juga berpengetahuan tentang penyusuan badan.
Seperkara lagi yang anda boleh buat untuk menggalakkan penyusuan badan adalah memastikan pakar obstetrik anda serta bidan dan jururawat yang merawat anda semasa pelahiran bayi anda tahu keinginan anda untuk mendapatkan sebanyak sentuhan kulit dengan bayi anda yang boleh pada saat dia dilahirkan.
Kontak kulit dengan kulit telah ditunjukkan dapat memanjangkan masa wanita menyusui. Walaupun anda memerlukan pembedahan caesarean, anda masih boleh memegang bayi anda pada kulit anda sejurus selepas lahir dengan sedikit bantuan jururawat. Bayi anda mungkin akan merangkak ke payudara dan cuba menyusu, atau dia hanya akan menghidu, menjilat atau menggesel-gesel pada payudara anda. Semua ini akan membantu memantapkan dan menggalakkan penyusuan badan.

Credit : Baby Center
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]
No comments:
Post a Comment