16 January 2015

Testimoni Diri Sendiri

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia Blog Ibuaina.. dengan harapan kalian sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.. yang paling penting kalian tak jemu membaca coretan dalam blog ni ye..hhiihihi.. diam tak diam, dah pertengahan bulan Januari 2015 rupanya kita ni.. cepat betul masa berlalu kan..? Tapi tetap kena bersyukur Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat hidup dari-Nya..

Oklah.. entri kali ni.. untuk pertama kalinya saya nak share testimoni saya sendiri dalam blog saya.. kalau kawan-kawan nak tahu.. blog ni terhasil pada 20 November 2012.. masa tu saya dah habis pantang anak ke-4.. (bersalin pada 28 Mei 2012), saya bermula dengan Set Panyusuan Shaklee pada pertengahan Ogos 2012.. masa pregnant memang dah pasang niat awal-awal lagi untuk eksklusif breastfeed baby sampai dua tahun.. tapi saya start menggunakan produk Shaklee selepas dua bulan berpantang ye.. dah masuk kerja pun, masa tu susu badan pun meriah lagi.. tapi pam susu tak konsisten sangat.. susu drop, stress sangat.. sakit pinggang, badan pun lenguh-lenguh sebab duduk dan baring dalam kedudukan yang tak betul waktu menyusu, pening kepala dan macam-macam lagi la.. masa tu la baru saya mencari-cari Set Penyusuan untuk tambah susu.. dan saya baru kenal dengan jenama Shaklee ni.. Di bawah ni saya buatkan poster testimoni diri saya sejak konsisten amalkan Set Penysuan Shaklee.


Bayangkanlah waktu tu.. dah dua bulan berlalu tempoh berpantang, sepatutnya dah boleh simpan banyak stok EBM kan.. tapi takpe.. sebab semangat nak buat stok EBM dan breastfeed Nur Aina sampai dua tahun.. saya gigihkan diri dan kuatkan semangat untuk itu.. 

Nur Aina - 2 tahun 1/2
Alhamdulillah.. sejak konsisten mengamalkan Set Penysuan Shaklee.. susu memang sangat-sangat meriah tapi dengan syarat saya sentiasa menyusukan baby sekerap mungkin untuk merangsang penghasilan susu. Saya sentiasa positif walaupun saya menghadapi krisis bekalan EBM. Saya sentiasa amalkan doa sebelum memulakan sesi mengepam iaitu :-

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan"...AMIN 

Direct feed anak sekerap mungkin kerana ini akan merangsang penghasilan susu, the empty your breast, more milk will be prodused. Jangan risau sebab selagi bayi hisap, susu akan sentiasa keluar eventhough kita baru pam sampai kosong. Di tempat kerja saya juga mengepam sekurang-kurangnya tiga kali.. begitu juga sekiranya saya berada di rumah.. saya akan mengepam  waktu Aina tidur.. kalau lama dia tidur, sempat la juga saya buat tiga kali sesi mengepam..hihi.. Yang paling seronok mengepam waktu saya cabar diri untuk mengepam menggunakan teknik 'Power Pumping' (teknik ni saya akan cerita dalam entri akan datang ye..)

Ini Set Penyusuan yang saya amalkan


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Maheran Mat Jusoh
SID : 852745
Call/ SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB : Aina Amina
Email : aina_amina@yahoo.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to BLOG IBUAINA
Designed by UMIESUEstudio 2015