Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan
ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak
tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat :
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu
Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai
ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah
ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )
1.
Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang
berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan
diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon
rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik
(Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran
Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang
berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan
semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran
Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran
Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2.
Kesilapan kedua: Banyak memberi
belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan
dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa
menyuruh anak tidur.
3.
Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam
mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu
memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira
perasaan mereka.
4.
Kesilapan keempat: Menegur anak
secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada
anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak
lain atau anak orang lain.
5.
Kesilapan kelima: Memberi didikan
yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda
(intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan
rohani.
6.
Kesilapan keenam: Kurang memberi
sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung
cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu
hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu
Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' :
"Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah
mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian
berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud
Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7.
Kesilapan ketujuh: Penampilan diri
yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian
yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu
berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8.
Kesilapan kelapan: Susunan
rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan
cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9.
Kesilapan kesembilan: Kurang
menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah
bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam
dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan
kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan
di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan
tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11.
Kesilapan kesebelas: Kurang
mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan
orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut
didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.
12.
Kesilapan keduabelas: Bertengkar di
depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci
salah seorang dari ibubapanya.
13.
Kesilapan ketigabelas: Membenarkan
orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan
sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh
yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14.
Kesilapan keempatbelas: Kurang
mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1].
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media
ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan
perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.
15.
Kesilapan kelimabelas: Terlalu
bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa
kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah
menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik
dengan didikan Islam.
“Berkongsi Kebaikan Untuk
Kesihatan Yang Lebih Baik”
Maheran
Mat Jusoh
SID
: 852745
Call/
SMS/ WhatsApp : 019-9313712
FB
: Aina Amina
Email
: aina_amina@yahoo.com
[Produk ini
bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang
penyakit]